1st touch

4 ratus komen



baju untuk anak sedara.dia suka sangat.
'cantik baju azim.ada nama...heheh'kata azim gembira.disuruh posing pun sporting je.
next..baju umar dan aris menanti untuk dijahit.baju iqbal lak masih tersadai untuk digunting wording nya..
mmmmmmmmmmmmmmmmm puas bila dapat siapkan.

umar yang pembersih...

4 ratus komen
hehe..pembersih la sangat anak umi ni..abi dan umi dah dapat kesan hal ni sejak dari dalam pantang lagi.apakah hal itu??

umar akan gelisah.so umi dan abi akan cuba untuk menenangkan umar termasuk la menyapu minyak bayi kesukaan umar dan menukar lampin pakai buang yang umar gunakan dulu.maklum la cuba sedaya upaya supaya umar tak menangis.tapi yang best nya tu..bila kita buka je seluar nak tukar lampin dia akan diam..so umi pun lega la.dah tau punca kononnya kenapa umar gelisah.dan yang lagi lepas tu..hehe..umar akan lepaskan hajat yang besar tu..huhu..dah la baru tukar lampin tu..dan yang tak bestnya..lampin pakai buang..pakai tak sampai 10 minit terpaksa tukar yang baru.

dan seperti kebiasaan..pagi ni umar gelisah tak menentu..umi dah faham..tapi kadang2 buat2 tak paham.nak biar dia lepaskan hajat di lampin yang dipakainya..konon nak jimat tenaga membasuh CD hehe..tapi tak menjadi..akhirnya umi tukar juga la dia punya CD.tak sampai 10 kali hisapan susu..umar dah lepaskan hajatnya..huhu..umi dah tak kisah lagi coz umar guna CD..kalau dulu umi rasa cam membazir sangat coz kena buang lampin yang pakai buang tu..tapi sekarang tak lagi..alhamdulillah..sebab umi dah gunakan CD.

bijak tak pilihan umi?hehe..sebab tu umar pun bijak..sebijak umi dan abi kan??hehe..sori la terpaksa puji diri sendiri..

ni la aksi umar selepas melepaskan hajat..bermain dengan selesa..siap dengan bunyi2an lagi..tapi umi je yang dapat dengar di sini..

so yang lain tengok je la gambarnya k...



0 ratus komen
dah belajar untuk meniarap

selesa dengan CD


akhirnya..aku telah menggunakan CD sepenuhnya untuk UMAR.kalau sebelum ni aku guna lampin pakai buang bila tidur malam.tapi sekarang dah tak lagi.cuma kalau jalan jauh je aku akan guna lampin pakai buang.maklum la susah nak cuci CD tu kalau tidur kat rumah orang lain atau pegi travel jauh2.

UMAR sangat selesa apabila dipakaikan CD.bila kat TASKA, pengasuh UMAR pun tak ada masalah untuk menggunakan CD tu.malah diorang lagi suka coz ada macam2 warna dan corak.hehe..ada yang berminat untuk digunakan pada anak diorang..hehe..

kalau ada orang kata guna CD susah..tapi pada aku tak la..susah lagi parents kita dulu.basuh guna tangan lagi..dan lampin biasa tu bukan serap sangat air kencing.kejap je dah nak kena tukar.atau kalau bocor kena kat pakaian diorang.

kita ni sekarang dah senang sangat.CD tu tak akan bocor ikut masa yang ditetapkan la.kalau guna lebih masa yang dah ditetapkan bocor jugak la.hehe..nak basuh pun senang.masuk mesin basuh.nak kering pun cepat.senang la..semua terpulang pada individu itu sendiri.kalau minda dah set susah..maka susah la..tapi kalau kita set senang maka senang la jadinya.

stok susu UMAR

1 ratus komen
stok susu UMAR

alhamdulillah..syukur ya ALLAH..rezeki yang melimpah untuk UMAR..aku mohon pada mu YA ALLAH semoga dapat menyusukan anakku secara eksklusif sehingga UMAR berumur 2 tahun atau lebih.

kesian dengar kawan2 yang nak menyusukan anak tapi tak berpeluang.syukur sebab aku diberi peluang yang begitu indah..alhamdulillah..nikmat yang tak terhingga bila dapat menyusukan anak sendiri.dengan izin mu YA ALLAH aku akan menyusukan anak ku secara eksklusif tanpa campuran susu formula..AMIN

alhamdulillah aku ada stok lebih kurang dalam 44 botol.itu pun sekarang sedang menghad kan bilangan pam coz tak cukup botol nak simpan..huhu..aku hanya pam di sekolah je sekarang..insyaallah nanti aku akan tambah botol.

botol simpan susu x cukup!!!!!!!!!!!

1 ratus komen
hehe..sebenarnya aku yang tak dengar kata..suami kata beli 60 biji botol susu..eh..betul ke penjodoh bilangan untuk botol susu biji???ke buah???hehe sori la kalau salah..tapi aku yang degil..hujung januari suami aku tanya nak tambah tak botol susu??aku kata tak payah..masa tu aku rasa 48 botol cukup lah..akhirnya..botol tak cukup..semalam suami dah perli2..botol susu tinggal 4 je yang kosong..dan akhirnya hari ini botol untuk simpan susu dah habis..ada pun 3 je lagi..itu pun sebab dibekalkan untuk UMAR ke nursery pagi tadi..

mana cukup..selalunya aku pam kat sekolah guna 4 botol..tu pun penuh2.terpaksa coz nak jimat botol..esok cam mana lak ni??ada 3 je kosong ni..aduh!!!itu pun aku dah sekat2 mengepam..kat umah aku dah tak pam..pam kat sekolah je..alhamdulillah..rezeki UMAR banyak sangat..

kenapa susu aku banyak???saja je la nak kongsi..aku memang minum banyak air masak..even masa dalam pantang pun aku minum banyak..mak aku pun tak kisah coz dia tahu ibu yang menyusukan bayi perlukan air yang banyak untuk produce susu..

since aku pregnant lagi aku memang makan kalsium dari AMWAY.maklum la aku ni bukannya selalu sangat minum susu.sebut pasal susu lak..aku ni baru pandai minum susu since aku pregnant.paksa diri demi untuk anak.tapi selalu la terlupa nak minum susu.so cara mudah dengan mengambil supplemen kalsium la jawapannya.yang best nya..bukan setakat kalsium shaja malah lengkap dengan magnesium.apa bagusnya kalsium dan magnesium AMWAY ni..nanti la aku cerita panjang pada entry 'my little shop-favourite product'.kalsium sangat penting untuk pertumbuhan tulang, darah dan tisu2 badan.hehe..aku tak la pandai sangat.

aku juga ada mengambil protein AMWAY sepanjang aku berpantang.selain membantu penyembuhan luka ia juga membantu menghasilkan susu badan yang bermutu.

mak aku bagi aku makan sawi setiap hari sepanjang tempoh berpantang.jemu jugak tapi demi UMAR..redha je la.tapi bila dah duduk sendiri aku hanya makan pegaga..hehe..senang tak payah masak.kalo mak aku plak, pegaga tu masak air letak pucuk daun kunyit..fuh!!!sedap giler..

k la stop dulu..UMAR dah bising nak menyusu.tapi sebelum tu..tq to MELLY coz bagi akak plastik simpan susu tadi.hehe

minyak bayi

2 ratus komen

minyak bayi yang aku rasakan paling best.aku pernah guna minyak jenama Y jugak tapi untuk diri aku sendiri masa pregnant dulu.selalu gak dengar kawan2 bercerita tentang minyak Y tu sebab diorang guna untuk anak diorang.

UMAR memang guna minyak bayi AMWAY sejak lahir lagi coz memang dah ada dalam set bersalin.setakat ni alhamdulillah, UMAR tak pernah kembung perut.dan anak ku itu sangat selesa sepanjang disapukan minyak tersebut ke badannya.

ada sekali tu dia selesema..aku belikan vicks.aku sapu kat dada..tengok2 dada UMAR naik ruam.so aku stop guna vicks..aku sapu je minyak bayi ni kat dada dan belakang UMAR.alhamdulillah..dia selesa je..

rakan2 aku yang dah guna minyak bayi ni..memang akan rasa best nya minyak ni berbanding minyak Y tu.diorang dah tak nak guna minyak lain selain minyak bayi AMWAY ni..

as usual..kalau kawan2 berkenan dengan produk ni..order la ye..jangan malu2..

Semoga mak cepat sembuh (part2)

0 ratus komen
tanggal 16.3.11 hari rabu..
aku hantar UMAR ke nursery..minta izin dengan suami nak pegi hospital ganti adik jaga mak..kesian dia tidur duduk je malam tadi.bila aku telefon mak bagitau nak datang, suara mak kedengaran ceria..masa on the way nak ke hospital tu..mak telefon aku.

'kak, dah sampai mana?'kata mak lemah.
'baru sampai batu 25 mak.kenapa?'kata ku.
'mak nak mandi n nanti beli air milo eh'kata mak lagi.
'mak nak makan apa?'kata ku lagi.mana la tau nak makan.
'mak nak minum je.takut nanti kalo makan muntah lagi'kata mak.
so aku kalau boleh masa tu nak terbang je.

sampai je hospital.mak dah ready nak g toilet.nak mandi.mak aku ni sebenarnya suka sangat mandi.kalau dia sihat kat rumah..sehari memang banyak kali dia akan mandi n salin baju..dia tak selesa pakai 1 baju tu lama2.subuh dia mandi..dalam kol 10 nanti dia akan mandi n tukar baju..nanti tengahari sebelum solat zuhur mandi lagi.petang sebelum solat asar mandi lagi.hehe..kitorang dah faham..

lepas siapkan mak..aku tunggu je bila nurse ni nak datang nak betulkan air yang tergantung kat tepi mak tu.maklum la nurse ni 1 macam.kalau kita panggil dia tak suka..tapi kalau tak panggil..langsung tak datang..macam mana la aku tak marah..tapi aku diam je..aku tengok kat botol tu tulis '5am - 11am'.tapi dah pukul 10.00 air tu masih tak dibetulkan untuk terus menitik.dan masih banyak lagi.aku berjalan keluar wad..saje nak tengok diorang buat apa..borak je masing2..dalam masa sama pegang fail..ada kerja lain nak buat kot..maklum la mana2 pun kerja kena buat report or what ever la..so aku cuba faham..aku masuk semula ke bilik mak..tunggu lagi.tapi tak datang2 pun..aku keluar lagi..nampak cam nurse dah sorong troli ubat ke bilik sebelah..so tak jadi la aku nak jumpa dia.

tunggu punya tunggu..kul 11.30 baru la dia masuk bilik mak bersama doktor..fuhhh!!!panas je aku..masa tu baru dia perasan dia tak amik lagi sampel darah mak.baru la kelam kabut nak amik darah.takut kena marah doktor la tu..

aku tanya doktor keadaan mak.kenapa dia makan n muntah?so doktor kata tak de apa2..mungkin sebab demam.yang penting mak minum banyak2.gula dalam darah pun dah kurang..semalam 23.7.pagi ni turun 15.8.so dah beransur pulih la.alhamdulillah

waktu melawat ramai kawan2 mak yang datang.maklum la mak aku ni..kalau dengar orang sakit dia mesti datang melawat kalau tak de apa2 aral la.so time dia sakit..ramai la yang datang.selepas waktu melawat k long pulak yang jaga mak.aku bantu k long untuk uruskan mak amik wudhu' sementara dia solat.kul 3.00pm aku gerak balik ke JB.

Semoga mak cepat sembuh

0 ratus komen
tanggal 15.3.11 hari selasa..mak dimasukkan ke hospital..hati anak mana yang tak sedih bila dengar mak tak sihat..tapi apa kan daya..aku x boleh nak balik walaupun dekat je rumah aku dengan rumah mak.

pagi selasa tu..aku ada kelas tambahan sejarah kat sekolah..n dah plan dgn alyiah n rashidah untuk melukis mural di nursery UMAR..lepas kelas tambahan tiba2 dpt mesej daripada k long.dia suruh sediakan GL takut2 mak dimasukkan ke hospital..aku dengan tergesa2 n perasaan masa tu ALLAH je yang tau..memang nampak cam cool tapi dalam hati macam2 pikir..student yang 2 orang tu pun perasan yang cikgu diorang ni cam kelam kabut..

tapi dah janji dengan orang nursery punya pasal aku teruskan je plan aku tu..tertunggu2 gak keputusan sama ada mak boleh balik atau ditahan kat wad..akhirnya petang tu adikku ida bagitau mak kena tahan wad sebab kencing manisnya tinggi..aku redha je dengar..

teringat kat mak..memang susah sebenarnya mak nak dibawa ke hospital..kalau dia x betul2 sakit..dah tak tahan sangat la tu yang dia pasrah je bila dihantar ke hospital..demam 3 hari n masa yang sama dia tak makan..tak de selera makan katanya..bila rasa nak makan lak..masuk je makanan dalam mulut terus muntah..tu yang badan mak lemah..

petang tu..lepas suami balik kerja..terus kitorang pegi kota..pas solat maghrib baru dapat jumpa mak..lemah je badannya..aku kuatkan semangat..jangan nangis depan mak..air dimasukkan dalam badan mak malam tu botol yang ke-4.belum lama aku kat atas, suami telefon..suara UMAR dah kedengaran..nangis pulak anak UMMI ni..kuat dia menangis..so terpaksa turun..
malam tu adik aku yang ke-7 jaga mak..kami maklum lelaki tak bole jaga pesakit perempuan..tapi terpaksa..adik beradik 2 orang je perempuan..dua2 ada baby.menantu perempuan ada dua.ina ada anak kecil jugak..so..semua mengharap pada 'wonder woman'..iaitu k long.kakak ipar yang aku rasa susah nak jumpa insan sebaiknya..tapi wonder woman lak tak sihat..so anak mak yang lelaki kena jaga..itu juga la salah satu sebab mak tak nak dibawa ke hospital setiap kali sakit..sebab dia bimbang siapa yang nak jaga dia kalau kena tahan di wad..

so,malam tu aku tidur ditemani air mata.seawal 3 pagi aku sms adik untuk tanya perkembangan mak..alhamdulillah demam mak dah semakin kebah..tapi masih muntah bila mak makan..

deodorant terbaik

3 ratus komen
apakah ini?teman setia ku..hehe..aku tak tau la.aku guna benda ni sejak aku F3.maksudnya aku guna since tahun 1995.dulu k long aku yang belikan.so aku guna je la.terbaik!!!tu je la kepuasan yang dapat digambarkan.dulu benda ni warna hijau.tapi telah berubah packing cam ni ntah la sejak bila.tapi yang penting aku tak pernah bertukar ke jenama lain.eh..tipu lak.pernah cuba bertukar tapi kembali semula ke jenama ini

beberapa sebab aku suka.n ramai lagi yang suka sebenarnya:
1. murah
rm21.00 je.murahkan?
2. jimat
kalau pakai sorang2.boleh tahan sampai 6 bulan.atau kalau tak keterlaluan aku cakap mungkin boleh sampai setahun..betul tak tipu..sebab tu aku kata murah.rm21/6 bln=rm3.50 je sebulan.
3.wangi
tapi tak de la sampai mengganggu orang lain
4.tiada alkohol
boleh bawak solat dan yang paling penting kalau ada kebakaran..ketiak aku tak terbakar dulu..haha..lawak je..so bila tiada alkohol..tak la hitam ketiak tu..
5.selesa
kadang2 aku siap letak jari kat ketiak aku sebab tak perasan sama ada dah pakai ke belum..tak rasa melekit pun

kalau kawan2 ada nak tambah lagi kelebihannya.sila la kongsi.hehe
kalau ada yang minat nak cuba lak.leh gak order.hehe.

Set Bersalin yang lengkap

1 ratus komen





"
Produk Campuran Herba, dirumus khas untuk MENGUATKAN dan MENGUKUHKAN
dalaman Tubuh Badan serta MEMPERCEPATKAN PROSES PENYEMBUHAN
bagi ibu-ibu yang lepas bersalin.."

Harga RM 293

Kehamilan adalah saat-saat istimewa dalam kehidupan seseorang wanita. Pemakanan yang betul dan mengekalkan kecergasan serta kerehatan amatlah penting kerana dia membekalkan keperluan pemakanan kepada bayi yang sedang membesar.
Penjagaan lepas bersalin juga penting kerana ibu baru perlu memulihkan tenaga dan daya hidup, untuk penjagaan bayinya yang baru lahir. Dalam kebanyakan kebudayaan Asia, tempoh berpantang ialah masa apabila ibu-ibu baru memulihkan kesihatan, lazimnya dengan makanan, herba terpilih yang istimewa serta amalan tradisional lain

Set Lepas Bersalin Tropical Herbs adalah sistem herba lengkap untuk membantu ibu-ibu baru yang ingin memulihkan tubuhnya, di dalam dan di luar dengan cepat dan mudah.

Sistem komphrehensif ini terdiri daripada 10 komponen herba yang diguna selama 44 hari untuk penjagaan lengkap dan pemulihan ibu-ibu baru lepas bersalin.

Set ini terdiri daripada rumusan tropika yang mengandungi herba-herba yang telah diguna secara tradisional oleh orang Cina, India, dan Islam untuk membantu pemulihan ibu baru semasa dalam tempoh berpantang.

Cara penggunaan yang sangatlah mudah dan proses persediaannya pula lebih minimum. Ini kerana semua produk telah disukat terlebih dahulu dan sedia digunapakai mengikut keperluan penguna.

Set Lepas Bersalin Tropical Herbs ini boleh juga digunakan oleh ibu-ibu yang bersalin melalui cara pembedahan (caesarean), iaitu selepas sebulan kelahiran.

Kelebihan Set Lepas Bersalin
Tropical Herbs

Set lepas bersalin ini sudah pasti mempunyai kelebihan yang tiada taranya. Terbukti dan telah digunakan oleh ribuan orang di luar sana..

Antara kelebihan yang dimiliki oleh set lepas bersalini ini ialah:

Lengkap dan mudah
Segala yang anda perlukan terdapat di dalam dalam set ini. Penyediaan yang minimum diperlukan kerana semua produk ini telah disukat terlebih dahulu. Jadi ia hanya siap sedia diguna tanpa susah payah.

Terbukti Keberkesanannya
Herba-herba yang diguna telah diuji sejak turun temurun dan terbukti secara saintifik.

Herba-herba yang piawai
Bahan yang digunakan adalah ekstrak daripada bahan aktif herba yang dipiawaikan (standardised) untuk kualiti dan konsistensi rumusan.

Ramuan semulajadi
Tiada pewarna dan perasa tiruan atau bahan pengawet yang digunakan.

Kapsul sayuran
Minyak yang diguna adalah berasaskan tumbuhan. Produk ini sesuai untuk mereka yang vegetarian dan mereka yang mempunyai larangan agama.

Pengilang herba bertauliah
Dengan pengalaman bertahun-tahun di bidang pengeluaran produk berasaskan herba, syarikat ini memenuhi kriteria Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK/DCA) untuk Amalan Pengilangan yang Baik (GMP).



Testimoni aku sendiri

1. sangat mudah.semuanya di masukkan ke dalam uncang.so rendam dalam air panas dan terus guna
2. campuran herba tradisional yang diamalkan oleh orang melayu,cina dan india.so 1 Malaysia la.hehe
3.herba yang telah dikapsulkan.tak payah risau pahit or takut tak tertelan.kalau dah biasa telan pil tu senang la
4.bengkung yang sangat senang untuk digunakan.even kalau tak ada orang pakai kan pun..kita pakai sendiri pun senang
5.insyaallah bentuk badan asal akan dapat dimiliki..malah kalau nak lebih ringan pun boleh.cam aku.hehe.mengandung berat naik 10 kg.after 60 days..berat aku turun lebih kurang 13 kg,..hehe ok la tu
6.minyak baby yang sangat best.tak payah la aku guna minyak cap Y..

k la nanti kalau ada tambahan aku tambah la.kalo berminat or ada sebarang pertanyaan tanya la kat aku..hehe


testimoni dari kawan yang guna set bersalin ni..
  • Siti Iliani Ismail sy pun gn yg ni kak...sy yg x disiplin..so far, good..
    6 minutes ago ·
  • Norazilah Ibrahim eh..aah akak lupa nak promote kat yani ari tu..tapi nasib baik guna gak
    5 minutes ago ·
  • Siti Iliani Ismail sy da servey internit..lum bersalin..tp beli dah bersalin 2 minggu..agak kelewatan..jd gak, barang2 die ade yg lebih..tp sy suka gn sbb budak x meragam walapon sy menyusu bdn penuh ms tu
    3 minutes ago ·
  • Norazilah Ibrahim yes i like..ada lagi testimoni yang bagus..
    2 minutes ago ·



Kejamkah aku?

3 ratus komen
Sebelum tu..UMMI mintak maaf UMAR..
nape???sbb UMMI paksa UMAR minum susu guna botol..tp UMAR kn dh biasa minum guna botol..nape ari ni UMMI bg UMAR x nak..huhu..sian UMMI tgk..x sampai hati sebenarnya..tapi UMMI terpaksa..
betul kata ABI..walopun cuti sekolah..UMMI tetap kena anto UMAR ke taska..bukannya UMMI n ABI x sayang..tp sebab sayang la kami anto UMAR ke sana..x nak UMAR manja sangat..nanti dh melekat dgn UMMI..nak anto taska semula dah susah..n 1 more important thing..nanti UMMI yang nangis lagi..huhu..
UMAR isap ckit je..x sampai pun 1 oz..nangis n terus nangis..terus tertido..sedih lak UMMI tengok..'xpe nanti bangun mesti anak UMMI lapar n akan isap gak botol' kata UMMI untuk sedapkan hati..
sampai masa UMAR bangun UMMI suakan puting ke mulut UMAR..n dihisap..UMMI tersenyum..hehe..strategi menjadi..tapi..sikit je UMAR isap..lepas tu nangis lagi..so apa yang terjadi??
akhirnya UMMI yang kalah UMAR yang menang..UMMI bagi gak UMAR isap susu direct dari badan UMMI..UMAR2..ingatkan UMMI bijak..UMAR lagi bijak rupanya..anak sape ek???hehe

Selamat menunaikan UMRAH

0 ratus komen


Assalamualaikum..
rumah ku ada 3 biji kereta sekarang..hehe..aku nye dua je..yg lg 1 milik kakak iparku..nape dia letak kat umah aku??dia g menunaikan ibadah umrah bersama ibu mertuaku, abg ipar n makcik.alhamdulillah..akhirnya berangkat juga mereka ke sana setelah tergendala pada bulan disember lepas..

aku lak bila nk g eh??kena la bsedia mental n fizikal gak..pegi bkn semata2 utk brziarah..yg ptg ibadahnya..dah sedia ke aku??aku sendiri yg kena tepuk dahi, tanya hati..hehe..

semoga mereka dpt menunaikan ibadah dgn sempurna n selamat kembali ke tanah air..AMIN


Umar bersama nenek n acik..manja nya anak ummi ni..padahal masa kat umah dia tido, dlm keta leh bgun lak..maklum la nenek yg pegang..

Ntah la ekkk..

0 ratus komen
assalammualaikum..
hehehe..cm banyak je nak taip..tp xtau nak start dr mana..mula ckit2 la ekkk..

UMAR tido setelah cousin2 nya dr Terengganu balik..malam td diorg tido sini..rindu dgn nenek tu yang diorg balik..nenek n atok pn dh rindu kat diorg..nenek lak bila dengar diorg nak balik x menyabor nak jumpe..tp bile adik kata nak tido umah aku..demam la plak..x terbendung rindu lg agaknya..nenek2..

UMAR ari ni dh x panas lg badannya..ABI punya la riso..semalam siap beli cool fever..hehe..sebenarnya UMAR cool je..ABI yg FEVER..haha..mana x nya..benda tu x melekat kt dahi coz UMAR asyik tolak guna tangan dia..ABI lak..berusaha utk biarkan benda tu kekal di kepala UMAR..mcm2 ABI buat..potong jadi kecik la..tp tetap x kekal di dahi..hehe..last2..ABI pakai 1..UMI pakai 1..haha..UMAR lak kol 1..UMMI pakaikan..baru la kekal..pn x lama..smpi kol 4 pagi je..

as usual kol 2am..UMMI membuat rutin UMMI di pagi hari..iaitu mengepam susu..coz UMAR x isap pn..dia main2 je..berjejeh2 susu kuar..pas pam..baru UMAR bangun isap..n UMMI saja nk menyakat ABI..hehe.."ABI...tolong simpan susu.."sian ABI..bangun gak..simpan susu dlm fridge..hehe..tq ABI..i luv u..

ragam UMAR

0 ratus komen
haha..semalam lagi sebenarnya..UMAR dah meragam..badan dia pun panas la sikit..ABI kata UMAR meniarap tadi..oooo so UMMI tau la..sebab UMAR meragam..UMMI soh ABI amik ubat demam n bagi kat UMAR..cam biasa la..UMAR kalo mkn ubat..'mengaji' la dia..hehe(mim nun alif nga ya sin)..tp UMMI bagi dia upah susu yg paling sedap n x leh dapat kat pasaran..so UMAR pun tido..alhamdulillah..petang UMAR dh leh ketawa cam biasa..ABI pun dh senang hati..

baru la ABI ada mood nak bawak UMMI n UMAR gi kuar jalan2..alah..gi pasar malam je..sampai je sana, gerimis..so UMMI n UMAR terkurung la dalam keta..x leh kuar..ABI sorang je kuar membeli makanan..UMAR pn apa lagi..menyusu lagi..maklum la susu paling sedap di dunia..hehe

malam..ABI sempat merakam aksi UMAR meniarap..hehe..mula2 ABI geram gak..ye la time ABI pegang video cam..UMAR relax je..bila ABI off..dia terus meniarap..hehe..sabo je la..so ABI menunggu detik2 UMAR nak meniarap dengan sabar..tp ABI mmg penyabar orangnya..x dpt dinafikan lagi..hehe kalo x cmne la ABI leh layan UMMI ni..hehe..

dan lagi 1 ragam UMAR yg x diduga..dari malam tadi sampai ke pagi ni..nak menyusu tp x nak UMMI duduk..dia nak UMMI sama2 baring dgn dia..mula2 UMMI pn pening gak kepala..xtau punca nape dia keraskan badan bila di suakan puting ke mulut UMAR..menangis cam kena cubit..so UMMI pun bangunkan la..akhirnya UMMI n ABI jumpa solution nya..akhirnya UMAR tido kekenyangan,..ALHAMDULILLAH..

UMMI pun bole la godeh blog ni..hehe

Impian menjadi kenyataan..ALHAMDULILLAH

0 ratus komen
blog ni sebenarnya tercipta masa LDP tahun 2009..masa tu aku xtau nak guna nama apa..so..aku letak la 'dunia ummi'..alhamdulillah..tanpa disangka2 n ANUGERAH ALLAH yg x terhingga..aku disahkan mengandung pada bulan MAC 2010..syukur pada mu YA ALLAH..setelah 5 tahun..akhirnya..ALLAH makbulkan permintaan kami..
 

Umar - Permata Hatiku Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez