Semoga mak cepat sembuh (part2)


tanggal 16.3.11 hari rabu..
aku hantar UMAR ke nursery..minta izin dengan suami nak pegi hospital ganti adik jaga mak..kesian dia tidur duduk je malam tadi.bila aku telefon mak bagitau nak datang, suara mak kedengaran ceria..masa on the way nak ke hospital tu..mak telefon aku.

'kak, dah sampai mana?'kata mak lemah.
'baru sampai batu 25 mak.kenapa?'kata ku.
'mak nak mandi n nanti beli air milo eh'kata mak lagi.
'mak nak makan apa?'kata ku lagi.mana la tau nak makan.
'mak nak minum je.takut nanti kalo makan muntah lagi'kata mak.
so aku kalau boleh masa tu nak terbang je.

sampai je hospital.mak dah ready nak g toilet.nak mandi.mak aku ni sebenarnya suka sangat mandi.kalau dia sihat kat rumah..sehari memang banyak kali dia akan mandi n salin baju..dia tak selesa pakai 1 baju tu lama2.subuh dia mandi..dalam kol 10 nanti dia akan mandi n tukar baju..nanti tengahari sebelum solat zuhur mandi lagi.petang sebelum solat asar mandi lagi.hehe..kitorang dah faham..

lepas siapkan mak..aku tunggu je bila nurse ni nak datang nak betulkan air yang tergantung kat tepi mak tu.maklum la nurse ni 1 macam.kalau kita panggil dia tak suka..tapi kalau tak panggil..langsung tak datang..macam mana la aku tak marah..tapi aku diam je..aku tengok kat botol tu tulis '5am - 11am'.tapi dah pukul 10.00 air tu masih tak dibetulkan untuk terus menitik.dan masih banyak lagi.aku berjalan keluar wad..saje nak tengok diorang buat apa..borak je masing2..dalam masa sama pegang fail..ada kerja lain nak buat kot..maklum la mana2 pun kerja kena buat report or what ever la..so aku cuba faham..aku masuk semula ke bilik mak..tunggu lagi.tapi tak datang2 pun..aku keluar lagi..nampak cam nurse dah sorong troli ubat ke bilik sebelah..so tak jadi la aku nak jumpa dia.

tunggu punya tunggu..kul 11.30 baru la dia masuk bilik mak bersama doktor..fuhhh!!!panas je aku..masa tu baru dia perasan dia tak amik lagi sampel darah mak.baru la kelam kabut nak amik darah.takut kena marah doktor la tu..

aku tanya doktor keadaan mak.kenapa dia makan n muntah?so doktor kata tak de apa2..mungkin sebab demam.yang penting mak minum banyak2.gula dalam darah pun dah kurang..semalam 23.7.pagi ni turun 15.8.so dah beransur pulih la.alhamdulillah

waktu melawat ramai kawan2 mak yang datang.maklum la mak aku ni..kalau dengar orang sakit dia mesti datang melawat kalau tak de apa2 aral la.so time dia sakit..ramai la yang datang.selepas waktu melawat k long pulak yang jaga mak.aku bantu k long untuk uruskan mak amik wudhu' sementara dia solat.kul 3.00pm aku gerak balik ke JB.

0 ratus komen on "Semoga mak cepat sembuh (part2)"

 

Umar - Permata Hatiku Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez