sambungan kisah percutian di Puteri Specialist


assalamualaikum..
alkisah tentang percutian di Puteri Specialist..
entri kali ni..rasanya lebih seronok jika diselitkan dengan beberapa gambar.
bukannya seronok macam mana..ye la kalau bercerita je tapi tak ada gambar pun tak best juga kan?ibarat kalau belajar di sekolah..cikgu syok sendiri bercakap di depan..anak murid dengar macam faham..walhal di kepala masing2 membayangkan hal2 lain..tapi kalau dibantu dengan gambar pasti pelajar akan lebih faham..betul tak?hehe..

tarikh: 24/2/12 (jumaat)
lokasi: Puteri Specialist
tujuan: follow up - sebab umar cirit birit sejak 20/2/12(isnin).tapi masa ni umar dah sihat..cuma meragam sebab lama sangat tunggu kat klinik Dr Ismail yang ramai pesakit.kes yang sama dengan umar cirit birit


rupa-rupanya umar lapar.patut la meragam
ummi tak faham.abi yang lebih faham.abi suruh belikan biskut untuk umar.
sebenarnya dah beberapa hari memang umar tak ada selera makan.bila dah sembuh mesti la laparkan?
terima kasih abi kerana selalu bantu ummi untuk melayan umar yang tak banyak kerenah tapi kadang2 memeningkan.hehehe


umar berselera makan.sampai comot2..haha..ummi bagi peluang pada umar.masa ni tunggu abi settlekan bil dan ambil ubat umar.melayang lagi RM..yang pastinya ratusan la..tapi demi kesihatan umar tak apa la.duit boleh dicari.kesihatan yang paling penting.Ya ALLAH berilah umar kesihatan yang baik..

hari sabtu tu 25/2/12 umar ok je..ummi pun pegi sekolah macam biasa.walaupun sabtu ummi kerja tau.kat sekolah ada buat larian seri pelangi..
balik dari sekolah umar masih sihat lagi..ummi la plak yang selesema..kami tidur sampai ke petang.pukul 6.00pm kami bertiga balik ke Felda Sening rumah nenek umar sebelah abi

hari ahad 26/2/12- badan umar panas.kali ni mata umar sentiasa bertahi.bangun tidur sampai tak boleh buka mata.tak ada pulak ambik gambar.tapi umar macam biasa aktif bermain.walaupun masa tu dah start batuk2.malam tu nenek dengan atuk sebelah ummi datang bersama keluarga mak itam umar yang balik dari Terengganu..malam tu umar seronok sebab kak eja dan ilham menceriakan suasana rumah umar.walaupun batuk umar tetap bermain.dan bila tidur umar tidur dengan lena.tiada gangguan batukso ummi pun senang hati la.cuma badan je panas.yang bagusnya umar ni..walaupun demam dia tak merengek.ummi je yang risau tak boleh tidur.ye la diam je..takut jugak.

27/2/12(isnin)-disebabkan badan umar dah tak panas ummi hantar umar ke TASKA seperti biasa.dibekalkan dengan ubat demam.tapi dalam pukul 1.00t/hari, TASKA call bagitau umar batuk sampai dada berombak.ummi bawa umar pergi klinik.masa tu umar dah tak ceria.doktor bagi surat refer ke hospital.sampai hospital doktor cek paru2 ok.tapi uamr lemah sangat.so doktor suggest umar masuk wad.kami naik ke wad jam 7.30pm


malam pertama umar di wad.masuk air.umar tidur lena

bangun menyusu pun tak banyak kali macam kat rumah


lena sangat.kalau kat rumah bantal tu bukan di kepala.pastinya dah tak ada bantal.sebab umar tak suka tidur guna bantal.tapi dah tak sihat ni, dia dah tak kisah

hari kedua : selasa 28/2/12
umar baru bangun tidur.matanya sembab sebab tidur lena.cuma bangun 2 kali untuk breasfeed dan makan ubat.tengok la mata dia tu.hehe.tak pernah2 umar bangun pagi pukul 9.00.selalunya pukul 6 atau paling lewat pukul 7 lebih la kalau hari cuti.

baru la boleh tersenyum anak ummi ni.alhamdulillah..

umar main botol losen.dia tuang kat tangan pas tu letak kat muka.hehe dia tiru ummiumar bermain kat atas katil.ummi pulak yang risau.umar ada kawan.abang chinese tu baik kan umar?mana taknya.umar campak mainan ke bawah abang tu yang tukang kutip.hehe

selasa(28/2/12)
pukul 11.00 pagi
rawatan: fisioterapi - sedut hingus dan kahak
umar ni jarang2 muntah.kalau batuk dia akan telan semula kahaknya.sebab tu la doktor suruh buat fisioterapi ni.memang sedih bila tengok umar menangis.tapi insyaallah ni la jalan yang terbaik




upacara menepuk.
umar menangis

sedih lebih2 lagi dia nampak ummi.tapi ummi tak tolong.ummi amik gambar je.huhu






sedut hidung-buang hingus

sedut tekak-buang kahak

sebagai upah sebab anank ummi budak bijak.ummi bagi umar bfeed sepuas2nya..

ok la..setakat ni dulu la entri kali ni.insyaallah ada gambar lain yang menyusul.

imbas semula pasal ada yang kata 'kan umar bfeed,macam mana boleh sakit?'.so aku pekak kan je telinga.kadang2 menjawab jugak.abis kalau bfeed langsung tak sakit ke?wah teror anak aku..segala ketentuan tu di tangan ALLAH..aku terima je dengan redha.aku dah cuba beri yang terbaik selagi aku mampu.kalau ada yang rasa minum susu formula tu lebih baik dari bfeed tu terpulang la.kalau ada yang rasa anak mereka lebih sihat walaupun minum susu formula berbanding anak aku yang full bfeed pun terpulang la..

what can i say..ALHAMDULILLAH,THANK YOU ALLAH..macam lagu MAHER ZAIN 'say ALHAMDULILLAH, THANK YOU ALLAH'

sekian dulu setakat ni..assalamualaikum

1 ratus komen on "sambungan kisah percutian di Puteri Specialist"

UMMI UMAR on March 2, 2012 at 12:29 AM said...

alhamdulillah..umar dah semakin berani untuk berjalan..walaupun jatuh2.tak apa la sayang..walaupun dah ramai yang tegur..umar tak jalan lagi.bagi yang positif pula dan yang menyejuk kan hati..'biasa la budak kalau dah tiba masanya jalan la tu nanti dan ada juga yang kata..anak saya pun dulu lambat jalan..tak apa..jangan risau'
tq la sebab bagi moral support

 

Umar - Permata Hatiku Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez