cara nak tambah susu badan - makan habbatus sauda


assalamualaikum..
mungkin ramai yang dah tau..tapi saje nak kongsi
sebab kadang2 kita lebih suka guna cara moden atau cari bahan2 moden
tak payah orang lain la..saya sendiri pun dulu tak tau kebaikan habbatus sauda
sehingga la bila mak kena sakit urat, separuh badannya sengal2 dan kebas
pak long saya cadangkan supaya saya pergi ke Darul Syifa yang berhampiran untuk beli minyak habbatus sauda..dari situ la saya terbaca salah satu kelebihan habbatus sauda adalah untuk menambah susu badan.serta merta saya teringatkan kawan saya JULIA yang pernah bagi saya habbatus sauda yang asli.maksud asli di sini, ia bleum diproses.warnanya hitam seperti jintan hitam.
jadi di sini ada sedikit info yang saya ambil dari blog ini:

http://saudagarcyber.net/habbatus-sauda/bagaimana-habbatus-sauda-berperanan/

Kebanyakan daripada masalah kesihatan manusia ketika ini adalah berpunca dari masalah yang sama, samada infeksi oleh mikro-organisma seperti bacteria, virus, parasit dan kulat. Jika menggunakan pengubatan secara klinikal (ubatan allopatik), setiap kesan atau petanda penyakit akan di rawat secara berasingan, dan selalunya menggunakan ubatan yang di furmulasi secara kimia yang mengandungi alkohol dan beberapa kandungan bahan berbahaya.

Sementara habbatus sauda berkesan merawat tubuh secara keseluruhan dan bertindak ke atas punca sebenar penyakit. Antara kebaikan habbatus sauda ialah ia menyelaraskan kembali sistem pertahanan tubuh samada tatkala ia terlalu lemah atau ketika keadaannya terlalu kuat. Habbatus sauda sangat cemerlang dalam merawat penyakit yang berkaitan dengan masalah hormon dan alahan yang kronik.

Secara am, kegunaan serta manafaat minyak habbatus sauda terlalu banyak. Habbatus sauda membantu sistem metabolisma, memperbaiki sistem pencernaan, menurunkan paras kandungan gula dalam tubuh. Ia akan membantu menyahkan segala cacing dan parasit dari dalam saluran usus.

Habbatus sauda juga berguna dalam melegakan sakit kerongkong , batuk, asthma, selsema, mengatasi keradangan, memperbaiki dan melancarkan peredaran darah, menambah pengaliran susu badan, membekalkan tenaga segera, menambah jumlah bilangan sperma, menstabilkan sistem tunjang, mengalakkan pertumbuhan rambut sekaligus menghalang keguguran rambut, mengatasi kulit berkedut, menambah ‘tone’ badan, disentri kronik, diabetes mellitus, dan banyak lagi.

2 ratus komen on "cara nak tambah susu badan - makan habbatus sauda"

Nur Izz on March 5, 2012 at 11:59 AM said...

Teringat resepi yang akak bagi.... nak juga buat stok dalam peti! MUSTI buat!! [semangat nihhh!!] kat sini snang dapat bahan, ada kedai jual produk dr arab.. hikshiks!!
terima kasih kak zi, manfaat juga ha, ingat juga kat org.. heh heh..

UMMI UMAR on March 11, 2012 at 6:14 PM said...

resepi apa ek?rasa2 macam ingat..resepi utk asah minda anak2 kan??buat la dik..akak sekarang bg umar mkn JUS TOK GURU je..hehe

 

Umar - Permata Hatiku Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez