Percutian kami sekeluarga - di Puteri Specialist..huhu


assalamualaikum..
tengok pada tajuk entri, macam best je..hehe..
tapi kira bercuti la jugak sebab abi dan ummi tak pergi kerja..masih kategori bercuti kan?
cuma cuti kali ni tak best la sebab umar-permata hati kami sakit..huhu..asyik sakit je kan?
walaupun rasanya kami dah jaga dengan cara yang terbaik..tapi dah ditakdirkan nak sakit kan??nak buat macam mana kan??kita merancang ALLAH juga merancang..perancangan ALLAH la yang terbaik..betul tak??
yang paling tak best ada yang kata..anak yang dihantar ke TASKA akan selalu sakit..tapi pada kami kalau nak sakit kat mana-mana atau siapa2 yang jaga pun boleh sakit..
cuma mungkin ada kebenaran kalau nak dikaitkan dengan antibodi kanak2 yang masih lemah..
maklum la duduk ramai2 kan..macam2 kerenah dan masalah kesihatan..

nanti la bila dah balik rumah..baru upload gambar..ada la collection gambar sepanjang umar berada di sini..insyaallah kalau tak ada apa2..hari ini umar balik..setelah 2 hari bermalam di sini..
sebelum lupa nak dedikasi kan ucapan terima kasih kepada adik aku ATAN dan INA kerana menaja makan malam kami selama 2 malam..makan pun ditaja..seronok juga la sbenarnya percutian kami sekeluarga..sebab umar masa malam pertama je yang lemah..lepas tu dia aktif macam orang sihat..silap2 pandang..kalau tak nampak tag kat kaki n tangan..sah macam orang sihat..
terima kasih juga kepada rakan2 dan ahli keluarga yang melawat..doa kalian membantu umar untuk sembuh dengan cepat..
terima kasih juga untuk doa dari jauh daripada kawan2 yang tak sempat hadir..kesibukan kalian amat difahami..
wassalam..
ok la setakat ni dulu..

1 ratus komen on "Percutian kami sekeluarga - di Puteri Specialist..huhu"

UMMI UMAR on February 29, 2012 at 11:24 AM said...

alhamdulillah..kesihatan diberi untuk umar dan dilindungi ALLAH
walaupun ada yang kata sepatutnya minum susu ibu sepenuhnya tak sakit..tapi mustahil la plak kan langsung tak sakit..apa2 pun terserah kepada ALLAH..redha je la..amin

 

Umar - Permata Hatiku Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez