UMAR dah 6 bulan


assalamualaikum..
lama tak tulis kat blog ni..busy and ada sesuatu yang berlaku..so tak boleh la nak menconteng kat blog ku ini..apa hal nya..nanti la bila2 aku story..

semalam 3.6.11-umar dah menjangkau usia 6 bulan..cam baru semalam je aku lahirkan umar..
syukur alhamdulillah..umar membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah yang besar..dan anakku ini amat disenangi oleh pengasuhnya di TASKA..
alhamdulillah..memang aku selalu bercakap dengan umar setiap kali nak hantar dia ke TASKA..
pesanan ku selalu.."umar, jangan menangis kalau tak sakit tau..umar diam2 je..jangan susahkan cikgu2 umar ok.."
alhamdulillah bila feedback yang baik aku terima daripada salah seorang pengasuhnya..
komen nya.."setakat ni umar je la yang senang jaga..kitorang tak kisah kalau umar datang tiap2 hari.."
tu la antara komennya..tak tau la ianya sekadar penyedap hati ku atau ikhlas..

dan hari ni..4.6.11-1st time aku bagi umar makan..makan apa?
aku dan suami belikan makanan bayi yang diformulakan oleh Prof Dr. Azizan Bt. Ismail..
for more info lawat laman web ni:
http://www.edaransalindah.com/info-growell.htm

tapi umar belum nak makan sangat..5 sudu kecil je umar makan..itu pun tak penuh..dia cam pelik..hehe..selalunya susu ummi je yang masuk kat perut dia..tak pe la lama2 nanti biasa..

aku pun dah mula tengok2 resipi bubur untuk bagi kat dia nanti..dan aku jumpa ini..
http://viaemma.blogspot.com/2011/05/porridge-untuk-bayi.html..
nanti umar dah 8 bulan aku nak cuba..

selain tu aku dan suami sudah mula mengumpul kurma, kismis, badam n makanan2 minda yang lain..sampai masanya umar akan makan nanti..sekarang ni ummi yang makan..hehe..umar pun dapat gak..

1 ratus komen on "UMAR dah 6 bulan"

UMMI UMAR on June 4, 2011 at 11:54 AM said...

sepatutnya kena letak susu..taapi aku tak letak..tak tau nak letak susu apa..aku letak air masak je..rasanya pun dah manis..kalo letak susu badan ok tak??hehe

 

Umar - Permata Hatiku Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez