assalamualaikum..
kenapa tiba2 nak cerita pasal batu karang ni??eh sebelum tu..nak bagi tau
ni bukan cerita pasal batu karang perhiasan ok
tapi penyakit batu karang
alhamdulillah
ALLAH sayang suami ku iaitu abi umar
ya la..sebab ALLAH sayang la diturunkan penyakit
supaya kita boleh berehat dan
sebagai amaran agar kita melebihkan amalan sebagai HAMBANYA
abi start sakit sejak 16/5/11 lagi
cam familiar je tarikh ni ek?
hari guru la..oooo patut la cam pernah ku dengar tarikh ni
ni la tarikh keramat bagi guru
tapi masa tu doktor kata food poisoning je
so kami pun tak syak apa2 la
2 weeks later
29/5/11
abi muntah2 lagi
ummi bawak gi klinik lain lak
tapi doktor tak dapat kesan apa2 melainkan food poisoning jugak
tapi kali ni doktor bagi surat refer ke pakar puteri
esoknya 30/5/11
abi cam biasa je
ummi lak kebetulan cuti sekolah
pagi tu kami kemas bilik
pindahkan katil kat bilik depan ke bilik belakang
siap je kemas
abi mengaduh sakit perut lagi
yang sakit sangat tu abi kata
sakit perut tu menarik hingga ke pinggang
aku tak dapat bayangkan
melainkan bayangan ku mengingatkan
macam mana sakit nak bersalin dulu
sakit wooo
ALLAH je yang tau
petang tu aku terus bawa ke pakar puteri
petang tu doktor kata kena masuk wad
dan doktor kata tanda2 yang suami ku alami
mungkin ada kaitan dengan batu karang
walaupun doktor tanya samada
sakit ketika buang air kecil atau ada keluar darah atau tidak
dan jawapan dari suami ku TIDAK
so bermula la sejarah
abi tidur di wad for the 1st time in his life
keesokan pagi 31/5/11
setelah menjalani city scan
sah suami ku mengidap batu karang
doktor nasihatkan supaya dibuang
pagi doktor sahkan penyakit abi
petang tu juga abi di operation
alhamdulillah berjaya dikeluarkan
dah penat main..tegok tv pulak..sementara tunggu pak ndak di bilik pembedahan..siap ada yang tido
1/6/11 abi keluar dari hospital
dibawah ni ada sedikit info tentang penyakit batu karang tu..
Penyakit Batu Karang
Masalah dan Solusi Penyakit Batu Karang
PENYAKIT batu karang dalam buah pinggang dan hempedu (kidney dan gall bladder) bukan penyakit baru tetapi juga dihadapi oleh orang tua-tua kita dan mereka telah menemukan banyak kaedah dan rawatan untuk penyakit ini.Batu karang di buah pinggang dan saluran kencing.
Batu karang dikenali dalam istilah perubatan sebagai kalkulus dan penyakitnya disebut nefrolitiasis.
Batu karang terbentuk daripada pemendapan jasad-jasad hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain. Bentuk dan saiznya berbeza; ada yang serupa bujur telur ayam, lonjong, tajam, halus atau berbutir-butir. Penyumbang atau kerosakan yang disebabkan wujudnya batu karang ini boleh menimbulkan rasa yang amat sakit di kawasan pinggang atau kawasan organ seks.
Rasa sakit ini disebut kolikrenal (renal colic). Batu karang yang pecah juga boleh menjadi punca berlakunya pengumpulan bakteria.
Penyakit batu karang lebih cenderung berlaku pada mereka yang sudah lanjut usia, penghidap gout, mereka yang alami jangkitan bakteria di saluran kencing dan mereka yang menghidap penyakit metabolik (penyakit yang disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan enzim tertentu yang diperlukan untuk metabolisme asid amino, karbohidrat dan lain-lain).
Batu karang hempedu adalah jenis Batu karang yg boleh juga terdapat di pundi hempedu, duktus sistik dan duktus hempedu. Keadaan ini juga disebut kolelitiasis. Ia lebih sering berlaku pada wanita yang pertengahan atau lanjut usia dan yang guna pil perancang keluarga. Kolesterol, pigmen (bilirubin digluoronida), atau gabungan pigmen, protein dan garam galian (misalnya kalsium) yang terdapat dalam cecair hempedu membentuk hablur dan seterusnya mengeras menjadi batu karang yang mempunyai saiz berbeza-beza.
Gejala-gejala kolesistitis akut ialah rasa lemah badan, hilang selera makan, demam dan rasa sakit sebelah kanan badan sekitar bawah tulang rusuk akhir menjalar ke bahu kanan. Rasa sakit juga terasa di hempedu apabila menarik nafas. Penyumbatan di duktus hempedu sesama pula menimbulkan jaundis, kolik biliari dan kolangitis.
Pemakanan tradisional Cina
Ahli perubatan tradisional Cina menggunakan kacang walnut untuk merawat penyakit batu karang. 120 gm walnut digoreng dalam minyak masak dari sayur hingga garing. Kemudian dihancur dengan blander dan ditambah gula hingga lumat. Makan setiap hari untuk tiga hari. Batu karang, mengikut laporan klinikal, akan keluar secara ketulan kecil sekali atau hancur seperti pasir (Chinese system of Food Cures - Henry C Liu)
Perubatan tradisional Melayu
Rupanya ahli perubatan tradisonal Melayu kita juga mempunyai banyak cara rawatan untuk batu karang.
Contohnya ialah:-
Ambil lembayung (Eichhomia crassipes) sejengkal; gulai dengan minyak lenga (sesamun indicum), makan.
Ambil birah hitam (Alocasia denudata), jerangau lumat-lumat, gelek; telan tiga pagi.
Ambil buah belimbing keris (Averrhoa bilimbi), serta kulit, daun, bunga dan akarnya.
Pipis lumat-lumat campurkan dengan pati santan, bubuh dalam mangkuk sebanyak tiga ruas jari telunjuk, beri minum.
Ambil seduayah (Woodfordia fruticosa), buah pala (Myristica fragrans) dan akar beluntas (Puchea indica); pipis lumat-lumat. Kemudian masukkan ke dalam nyiur yang hingusan. Sudah itu tutup dengan tanah liat dan bakar.
Kemudian minum airnya dan makan isinya.
(Warisan Perubatan Melayu - A. Samad Ahmad DBP).
Dalam buku warisan Ubat Farmakopia Melayu oleh Hj. Hassan Abdul Ghani, Singapura ada tersebut beberapa lagi herba dari hutan kayu kayan negara kita yang boleh digunakan seperti Penggaga Embun (Hydrocotyle sibthorpioides)
Untuk rawat batu hempedu; dan untuk batu karang di buah pinggang dan saluran kencing.
Bahan herba ialah seperti calincing (Oxalis Corniculata) jali-jali (Coix lachryma - jobi atu Job's tear); Jarong (Achyranthes aspera); kasturi (Abelmoschus moschatus); Pecut kuda (Stachytapheta jamaicensis).
Rawatan moden Allopathy Pesakit akan diberi beberapa jenis ubat menahan kesakitan dan untuk mengeluarkan batu, jika tidak berjaya pembedahan akan dilakukan untuk keluarkan batu karang.
Rawatan moden Komplimentari (Homeopathy)
Rawatan moden komplimentari Homeopathy menawarkan banyak ubat-ubatan tanpa dadah dan tanpa racun dan tidak ada kesan sampingan.
Di antaranya ialah: Calcarea Carbonica - diberi makan setiap 15 minit bila sakit sangat. Berberis Vulgaris - juga boleh diberi setiap 15 minit hingga lega. Lain-lain penawar yang boleh membantu merawat batu karang ialah Chinonanthus Hydrasis, Belladonna, Arsenicum album, Discorea, Chelidonium, Cardus marinus, Gelsemiun, Magnesia Phos. Ubat-ubat ini juga boleh dimakan untuk mengawal batu karang jangan berulang kembali.
(Penyakit-penyakit dan rawatan dengan Homeopathy oleh Prof. Dr. Mohamad Hj. Yaacob)
Merawat, mencegah batu Karang dengan pemakanan Penulis wanita Amerika terkenal, Adelle Davis menyalahkan manusia sendiri kerana penyakit batu karang - tidak menjaga apa yang dimakan dan memastikan zat secukupnya. Beliau menulis demikian dalam bukunya Let's Get Well. Bahan yang penting untuk mengatasi masalah ini ialah dengan makan vitamin B6 dan magnesium.
Pemakanan kita hari ini sudah banyak tidak segar - sardin dalam tin, makanan segera yang biasanya tidak berzat, junk foods - semuanya membantu kepada timbulnya berbagai penyakit termasuk batu karang. Kita mesti pastikan makanan kita adalah dari bahan segar, baru, sayur-sayuran segar baru, sayur-sayuran segar dari kampung atau tanam sendiri dan banyak minum air bersih.
Selain dari menjaga pemakanan kita mesti juga melakukan senaman setiap hari bagi umat Islam jangan tinggal solat fardhu serta ditambah dengan solat-solat sunat. Insya-Allah kita akan menjadi sihat wal'afiat.
2 ratus komen on "Penyakit Batu Karang..Alhamdulillah.."
semoga allah merahmati kami sekeluarga
tq 4 ur info
Post a Comment