4 bulan umur anakku sekarang


ALhamdulillah..
akhirnya..umur Umar meningkat kepada 4 bulan pada tanggal 3.4.2011.tak ada buat apa2 pun.cuma jalan2 je..haha..tu aktiviti abi n ummi.hehe..umar ikut je kan..tapi yang best nya umar tak meragam pun..senyap je dia di atas troli TESCO.kat GIANT lak umi dan abi bergilir2 mendukung umar menggunakan 'sling ring'.berguna juga pemberian rakan2 ku itu..tq friends.banyak berjasa sling itu selama 4 bulan ini.dan umar sangat selesa bila didukung menggunakan sling tersebut.

tak sedar masa berlalu.umar dah semakin besar.ye la dah 4 bulan.ini bermakna dah 4 bulan juga aku menyusu kan putera sulung ku ini tanpa bantuan susu FORMULA.alhamdulillah..syukur kepada ku YA ALLAH atas segala rezeki yang telah engkau limpahkan kepada kami sekeluarga.dan selama tempoh ini juga engkau pelihara putera kami tanpa segala penyakit yang berbahaya..syukur pada mu YA ALLAH kerana memberi kan kami nikmat yang tidak terhingga iaitu anak yang tidak banyak ragam.menangis hanya apabila hendak susu dan buang air besar.mudah2an nikmat ini akan berkekalan hingga umar besar nanti..

hari ini aku bawa umar ke klinik.rutin setiap bulan.timbang berat badannya.bertambah lagi berat badannya daripada 6.6 kg kepada 7.25 kg.alhamdulillah..hehe..kalah kawan umar iaitu AIDIL..berat aidil cuma 6.5 kg je..hehe AIDIL kalah..hehe..boleh gitu..dan kali ini umar tak ada sebarang injection..berehat sebulan la anak umi daripada sebarang injection..tapi umi awal2 lagi dah pesan dengan pengasuh TASKA untuk berikan umar ubat demam.tapi tak pe la kan??walaupun tak jadi inject..aku memang akan bagi ubat demam pada umar sebelum pegi bulan monthly check up.itu pun atas nasihat nurse sendiri.supaya badan umar lebih bersedia untuk terima injection.so kalau nak demam..dah ada protection.so far sepanjang 3 bulan mendapat injection..umar tak demam..alhamdulillah..syukur..

cuma petang ni umar cam tak selesa sikit..hehe perut dia cam tak sedap je..ummi baru teringat ummi ada makan pulut kat sekolah tadi.sedap lak makan ramai2 dengan kawan2..terlupa yang ummi menyusukan umar..agaknya tu la punca umar sakit perut..huhu..

k la abi dah panggil ummi..umar dah keluarkan bunyi2an..hehe nak menyusu la tu..abi dah tak leh nak pujuk..

1 ratus komen on "4 bulan umur anakku sekarang"

Lyana Mansor on April 8, 2011 at 11:43 PM said...

hahahha...bluwekkkkkkkkkkkkkk...takpe...kite keturunan kurus2 taw..tak caya tgk apak kite..muahahahhaa...

semangat btol tu kak..sure takleh jalan selalu..jenuh nak bawak si kecik ni...

alhamdulillah lah kan kite dpt susukan anak...

 

Umar - Permata Hatiku Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez