Double X Nutrilite




apa ni??hehe..another supplemen yang aku makan. kenapa?untuk kesihatan la..maklum la kalo makan yang fresh susah nak makan dalam kuantiti yang mencukupi..so ambil supplement la senang..

aku ni bukannya pandai nak mereka cerita.so yang senang nak cerita apa yang aku rasa la.aku rasa sangat bersemangat dan sihat..hehe..cam ne tu?aku tak cepat letih..maklum la aku bangun seawal 5.30 pagi.tapi tido bukan la tak bangun2 kan?maklum la full breastfeeding kan. umar bangun setiap 2 jam.

kul 6.30 pagi aku dah hantar umar ke Taska. pas tu aku pun beredar ke sekolah.dalam kul 6.55 aku sampai la ke sekolah. pas tu rutin ka sekolah cam biasa la aku jalani.kul 1.40 petang selesai tugasku mengajar.tapi bukan aku terus balik.ada la aktiviti2 lain yang aku buat.contoh:aktiviti koko, tanda buku pelajar, pantau ahli kelab tunas bistari n lain2 la.banyak kalau nak cerita. tapi sebenarnya aku nak cerita kebaikan aku makan supplemen Double X.

ok aku teruskan..kul 4.00 petang aku balik la.dalam 4.30 petang aku sampai rumah.biasanya aku uruskan diri aku dulu baru la aku keluar semula untuk ambil putera kesayanganku umar. so bermula la gaya hidupku sebagai ummi umar..iaitu memberi susu badan. umar kalau dah menyusu dia tak akan lepas kalau dia tak kenyang. kul 10.00 malam la lebih kurang umar akan tidur. dan dia akan mula bangun untuk menyusu semula seawal 12.00 malam.paling lewat dia akan bangun semula jam 1.00 pagi.so 2 jam selepas itu dia akan bangun lagi sebanyak 3 kali.

kadang2 aku tak akan tidur terus lepas menyusu kan umar. apa yang aku buat?macam2.kadang2 aku akan kemas kan beg umar kalau aku tak sempat kemas sebelum aku tidur. atau aku akan uruskan pakaian yang sudah kering. lipat atau ganting je dalam almari. aku memang tak suka kalau tengok benda yang serabut kan kepala aku. so aku sanggup korbankan masa tidur aku. atau aku akan tunaikan kewajipan ku sebagai hambaNYA..tak perlu la aku beritahu kat sini apa yang aku buat.

begitu la yang aku lalui seharian. letih?tipu la kalau aku kata tak kan? tapi alhamdulillah la letih tu tak la sampai membebankan. aku masih bersemangat. mungkin berkat aku makan supplemen tu..semuanya dengan izin ALLAH. supplemen tu sebagai perantara je. syirik la pulak kalau aku kata Double X yang membuatkan aku sihat..nauzubillahiminzalik..

kalau di lihat pada umar pula..mmmmm..anakku ini tak minum sangat ketika di tAska. susu badan yang aku bekalkan ke tAska..dia x berapa minum. mulanya ku risau. takut dia lapar. so takut juga berat badan dia akan turun or dia akan selalu sakit. mana la tau dia selalu menangis di TAska. maklumla dia tak minum sangat. pengasuh di taska pun kata umar minum susu main2. aku bekalkan 4 botol susu ke taska setiap hari..dan setiap botol ada 3.5 oz..cuba bayangkan..setiap hari pasti 1 botol akan dipulangkan semula. sebab umar tak minum. dan paling menyedihkan susu tu tak boleh disimpan semula. huhu..tiap2 hari sedih je aku. sebab kena buang susu tu. kenapa? kalau yang tak tahu tu..nanti la ku cerita tentang susu badan ni. banyak pantang larang nya..hehe..tak la susah sangat kalau memang suka untuk memberi yang terbaik untuk anak2..betul tak kawan2 ku yang memang full BF pada anak2 mereka..diantaranya ialah MELLY dan ASMA kan??teman mengepam ku di sekolah..hehe

eh..berbalik lagi pada kelebihan supplemen ni..alhamdulillah..umar tetap sihat dan tidak meragam..sentiasa ceria..walaupun tak minum susu di taska. hehe..lupa lak nak bagi tau yang lagi 3 botol tu memang umar minum..tapi bukannya abis pun..cam yang di kata kan oleh pengasuh umar..dia main2 bila minum susu..

tapi aku tak risau lagi..nape? sebab masa bawa umar untuk timbang 4 bulan..berat badannya naik lagi sebanyak 600 gram..so u all tau la kan sebab apa? susu yang dia minum direct daripada aku daripada jam 5.00 petang sampai 6.00 pagi setiap sudah cukup membuat kan umar sihat dan bertenaga, ceria dan sihat. alhamdulillah..aku tak kata semuanya disebabkan oleh Double X tapi dengan izinNYA yang memberi zat DOUBLE X meresap ke tubuh aku dan anak aku..cakap banyak tak guna kan??cuba la..

murah je..jangan risau..berapa??RM 114 sahaja..tu harga ahli tau..aku tak amik untung pun..tapi kalau nak bagi aku sikit leh jugak..kalau terpaksa pos..u all kena la tambah ye bayaran pos..
opppssss..lupa lak nak cakap..itu bekalan untuk 62 hari ok..murah kan??? cuba lah..

alamak lupa lagi..bukan 62 biji je tau..tapi ada 3 jenis pil x 62 biji pil yang mengandungi khasiat yang berlainan. maknanya u all kena makan 3 jenis pil yang berlainan setiap hari..semua nya ada dalam Double X. paham tak?? tak paham eh??tak pe2..

1 - 62 biji multivitamin mengandungi Vitamin A, B1, B2, B6, B12, Vitamin C, D, E, Biotin, Calcium, Asid Folik, Niacin dan Asid Pantothenic.

2- 62 biji multimineral mengandungi CAlcium, Copper, Chromium, Iodin, Magnesium, molybdenum, Selenium dan Zinc

3- 62 biji concentrate mengandungi apple extract powder(fruit), asparagus (stem), cranberi juice (fruit), grape polyphenois (fruit), kole (leaf), marigold extract concentrate (Flower), tomato extract (fruit), pomegranate extract (fruit), prune extract (fruit), rosemary extract (leaf), wild blueberry (fruit) dan sage extract (leaf).


bagus untuk semua orang..bukan untuk ibu yang menyusu sahaja..macam aku makan berdua dengan suami..so apa tunggu lagi..cuba la

0 ratus komen on "Double X Nutrilite"

 

Umar - Permata Hatiku Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez