assalamualaikum..
aku ada beli kek dayang salhah bulan 7 ari tu
tup2 dengar cerita pasal butter yang x halal tu
risonya aku
ye la sebab ada lagi baki
kat dal peti ais ku itu
hajat hati nak makan time raya nanti

aku tipon adik angkat aku yang kat sarawak
ye la orang yang belikan aku kek tu
nak tanya pasal status kek tu
dan jawapannya..
kamek sik tauk kak
huh!!hampa

aku tanya lak pada kawan yang lagi sorang
pun memberi jawapan yang sama

dan hari ni aku dapat jawapannya
terima kasih kepada pemilik blog yang sangat prihatin ini
alhamdulillah

so tak jadi la aku nak
menghumban kek lapis yang masih ada
dalam peti ais ku itu


maklumat lebih boleh dapat dari sini..
info: diambil dari http://www.bicaradariaku.com/2011/07/kek-lapis-sarawak-adalah-halal.html

1. KUCHING: Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit hari ini berkata kek lapis yang dibuat di negeri ini adalah halal.

Beliau berkata ramai orang mempersoalkan sama ada kek lapis itu menggunakan produk ''Golden Churn Creamy Butter'' selepas ia dilaporkan mengandungi DNA babi dan ini menyebabkan ramai telah memberhentikan tempahan buat sementara untuk memastikan status halalnya.
"Kami ingin menjelaskan bahawa kek lapis yang dibuat di Sarawak adalah halal kerana kami tidak menggunakan produk itu lagi sejak setahun lalu," katanya



2. Saya juga ada menerima kiriman sms daripada pihak pengurusan Kek Lapis Dayang Salhah. Berikut saya paparkan sms yang baru saya terima itu( 04:42:39 pm. 06 -Aug-2011) “ Salam. Untuk makluman rakan-rakan semua, bahawa kami kek lapis Dayang Salhah tidak pernah menggunakan butter “golden chern” yg mengandungi DNA babi. Kami menggunakan butter “Bakels” yang kami beli dari Kuala Lumpur. Pihak Jabatan Agama Islam Sarawak telah pun melawat kedai dan kilang kami baru2 ini untuk mengesahkan kami bebas dari penggunaan butter tersebut. Dan kami telah lulus. Saya pun memang sangat particular tentang hal2 halal haram ni. Saya berani tanggung sekiranya saya bohong dengan customer saya. Jadi saya harap rakan2 semua jgn berasa was2 lagi tentang penggunaan butter kami. Harap maklum.


2 ratus komen on " "

UMMI UMAR on August 28, 2011 at 3:55 PM said...

bersyukur sangat bila ada rakan2 blog yang sangat prihatin

Lyana@Mely on September 3, 2011 at 6:43 PM said...

waaaaa ade kek lapis..nanti i datang umah u beraya eh...hhehehhee

 

Umar - Permata Hatiku Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez