umar-cirit birit...mmm cepat la sembuh ye..amin


assalamualaikum..
risau sangat..maklum la umar mula cirit birit sejak jumaat(17.2.12)..dan kebetulan aku mula sakit kepala dan badan lenguh-lenguh..jadi aku bawa diri ku sendiri untuk mengambil cuti sakit..at the same time bawa umar untuk dirawat..
dan alhamdulillah..doktor SARA on duty pagi jumaat tu..oopps lupa..aku suka pegi Klinik Penawar Taman Daya..ada beberapa sebab klinik tu jadi pilihan..antaranya, klinik panel ofis abi, pekerjanya mesra alam dan doktor SARA memenuhi kriteria doktor yang sepatutnya dan selayaknya mendapat bayaran sebagai doktor di klinik swasta..maksudnya??ye la aku ada gak gi klinik penawar di tempat lain terutamanya yang dekat dengan rumah aku..tak perlu aku sebut tempatnya,pekerja dan doktor memang semata-mata duit..eee tak suka..soalan'anak kenapa'..after aku explain..doktor tu komen sikit dan aku dibenarkan keluar dari bilik rawatan..dia tak tengok or pegang umar..so aku bayar untuk apa??baik jumpa dengan pekerja klinik dan mintak ubat je..luahan perasaan geram..hehe..emo lak..
tapi betul la kan??dah dibayar tu,mahal lak tu,rawat la patient sebaiknya..berbalik dengan cerita doktor SARA tu..aku suka..sangat mesra dan memuaskan hati..umar dilayan..dipegang dan di periksa..aku sangat puas hati..berbaloi la aku bayar..bukan RM1 ok tapi berpuluh ringgit..tapi doktor sara bukannya selalu duty di situ.biasa la klinik penawar ni doktornya bertukar2..
berbalik pasal umar yang cirit birit ni..sebenarnya bukan la dia buang najis kerap sangat..tapi dia buang najis tu banyak sangat..sampai tembus pampers..sehari tak de la sampai 5 kali..tapi tu la macam yang aku cakap..dia buang tu sampai terkeluar dari pampers..aduh..tilam dah ada banyak tompok..dan baunya..mmmm masam..huhu..
hari ni, isnin(20.2.12) aku hantar ke taska..aku follow up dari sekolah..pihak taska kata umar dah aktif dan makan..(sejak dari sabtu dia tak nak makan, hisap susu badan je)..so aku dengar pun happy la..aku amik dia kul 4..dia ok je..sampai rumah..dia merengek..biasa la nak ngempeng la tu..lepas je menyusu..aku biar dia main sorang2..dia lemah je dan terbaring kat atas tilam..sementara aku amik kesempatan untuk mandi..lepas je aku mandi..tengok umar dah buang najis..melimpah2 keluar dari pampers..dan sekali lagi terkena cadar dan tilam..sehingga sekarang (12.21pagi) umar dah buang najis 3 kali..tapi aku memang bagi dia air garam yang dibekalkan..cuma tak tau nak baut cam mana..sama ada nak wait and see or bring him to hospital..kitorang buntu sebenarnya..dan yang pastinya aku masih berada di depan laptop ni..so we decide to wait and see after this..if umar still 'over flow' we have to bring him..actually..tawakal je la..setiap keputusan yang dibuat kadang2 memang tak sependapat dan buat2 pandai..tapi tak de la sampai nak bergaduh dan mempertaruhkan tenaga umar..mmmm dugaan betul la..
ya ALLAH..sembuhkan la umar..dan ibu ku.amin(mak aku kena strok ringan..a.k.a angin ahmar..tapi tak la kena tepat sangat..sebelah badan..dan masih boleh bergerak)
ni ada sedikit info yang aku cedok dari blog ni..http://www.babycenter.com.my/malay/baby/cirit-birit/




Bagaimana nak tahu sama ada bayi saya mendapat cirit-birit?

Ramai ibubapa tertanya-tanya sama ada bayi mereka menghidapi cirit-birit sebab bagi bayi baru lahir pergerakan usus (pembuangan air besar) berlaku secara kerap. Pergerakan usus yang normal bagi bayi banyak bergantung kepada sama ada bayi anda diberikan susu badan atau formula. Najis bayi menyusu badan yang baru lahir adalah kekuningan, dan agak lembik atau cair dan boleh berlaku sekerap lima kali sehari.

Kadang-kala, bayi yang menyusu badan akan menggerakkan ususnya semasa atau sebaik saja dia menghisap susu ibu. Ini berlaku sebab apabila perutnya diisi penuh, susu itu boleh merangsang keseluruhan saluran usus bayi, menyebabkan pergerakan usus. Dalam masa sebulan, kebanyakan bayi yang menyusu badan mengurangkan kekerapan pergerakan usus sampai satu atau dua kali sehari sahaja. Pergerakan usus bagi bayi yang mengambil susu formula ialah sekali sehari selalunya dan najisnya agak kental.

Najis longgar yang berlaku dari semasa ke semasa adalah normal. Jika selepas bulan pertama bayi anda mula melepaskan najis yang busuk, cair dan berlendir (seorang doktor mengandaikannya seperti menghembuskan hingus ke dalam lampin bayi anda) -- pada kadar yang kerap sebanyak satu pergerakan usus setiap kali dia menyusu -- atau jika dia juga demam atau kelihatan seperti berat badannya menurun, ini mungkin cirit-birit, jadi berjumpalah pakar pediatrik atau doktor keluarga anda.

Apa yang menyebabkan cirit-birit?

Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus tanpa menyerap sebarang nutrien.

Cirit-birit di kalangan bayi boleh disebabkan oleh susu formula tidak disediakan dengan sempurna, selesema, antibiotik, keracunan makanan, alergi, atau, yang jarang berlaku, kekurangan enzim tertentu.

Bolehkah ianya dicegah?

Kebersihan yang sempurna boleh membantu mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit sebab mikro-organisme yang menyebabkannya boleh berpindah dengan senang dari tangan ke mulut. Oleh itu, cucilah tangan anda sebersih-bersihnya selama 15 saat dengan sabun anti-bakteria jika anda memegang lampin kotor atau selepas ke tandas.

Bagaimanakah saya merawatnya?

Jika bayi anda mengambil susu badan atau formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. Bagi bayi yang lebih tua, anda boleh memberinya beberapa hirup air atau air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) sebagai tambahan kepada susu badan atau susu formula kekuatan penuh.

Kanak-kanak yang baru bertatih dan yang lebih tua boleh diberikan jus buahan yang betul-betul cair (sekurang-kurangnya satu bahagian jus untuk 10 bahagian air). Ais krim batang adalah sesuai jika anak anda tak mahu minum. Elakkan minuman glukosa, minuman bergas dan jus yang tidak dicairkan (gula yang tidak dapat menyerap dapat menarik air ke dalam usus dan menjadikan cirit-birit lebih teruk).

Jangan berikan ubat anti-cirit-birit kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, sebab ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius.

Adakan bayi yang menyusu badan lebih terselamat dari cirit-birit?

Ya. Elemen tertentu dalam susu badan boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit.

Haruskah saya hentikan makanan pepejal?

Tidak. Selagi bayi anda tidak muntah-muntah dengan kerap, anda masih boleh memberikannya pepejal. Jika anak anda berusia enam bulan atau lebih tua, anda boleh memberinya makanan seperti pisang, nasi, puri epal dan roti bakar kering. Untuk bayi lebih tua atau bayi bertatih anda boleh mencuba sedikit daging ayam dan makanan berkanji seperti kentang lecek dan pasta. Tapi, jangan bimbang jika dia tak mahu makan. Adalah lebih penting bagi memastikan dia mahu minum untuk mengelakkan penyahhidratan.

Bilakah saya harus memanggil doktor?

Cirit-birit boleh membimbangkan jika ianya tidak berhenti selepas beberapa jam, tetapi selalunya ia boleh berhenti dengan sendiri. Jika anak anda mengalami najis yang longgar dan cair selama lebih dari dua hari, panggillah doktor anda. Kebimbangan yang utama berhubung cirit-birit ialah penyahhidratan, jadi janganlah bertangguh memanggil pakar pediatrik jika anak anda menunjukkan tanda-tanda kekurangan pengambilan cecair atau kehilangan cecair seperti yang berikut:

• kulit atau bibir kering;
• lemah lesu;
• menangis tanpa air mata;
• ubun-ubun yang menurun;
• tangan dan kaki pucat;
• air kencing kuning pekat atau pertukaran lampin kurang dari yang biasa.

Anda seharusnya berbincang dengan doktor jika anak anda:

• tak mahu minum;
demam lebih dari 24 jam;
• terdapat darah dalam najisnya;
• tercirit-birit bersama muntah-muntah lebih dari 24 jam;
• perutnya kembong buncit.

Ini semua adalah simptom sekunder yang jarang berlaku, tetapi harus diberi perhatian sebab boleh melarat.

Jika bayi anda kurang selesa semasa sakit cirit-birit, peluklah dia dan tenangkan hatinya seberapa boleh, dan pastikan badannya kering. Berikan perhatian dan berlembutlah apabila menukar lampin sebab memang senang untuk punggung bayi menjadi rengsa dan pedih akibat cirit-birit. Gunakan krim penghalang untuk mencegah iritasi jika cirit-birit berlarutan lebih dari sehari. Yakin dan bertenanglah, bayi anda akan sembuh dalam sedikit masa.

1 ratus komen on "umar-cirit birit...mmm cepat la sembuh ye..amin"

UMMI UMAR on February 21, 2012 at 12:38 AM said...

bila dah jadi ummi@mak@ibu ni..kena pandai buat keputusan..dan yang pasti kena yakin dengan keputusan yang dibuat..insyaallah memamg untuk kebaikan anak..walaupun kebanyakannya memandai2..tapi kalau aku la..memandai2 yang selalu pegi ke klinik..hehe..tak pe la banyak duit dan masa dikorbankan..asalakan puas hati..

 

Umar - Permata Hatiku Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez