apa yang terbaru tentang umar..setelah lama tak update blog ku ini


assalamualaikum

tengok je tajuk entri..tau la ek..
memang dah lama aku tak mencoretkan sebarang peristiwa yang berlaku
kekangan waktu menjadi faktornya
tapi bukanlah faktor utama
tetapi aku memang tak berapa rajin nak mencatatkan sesuatu
kalau nak tu banyak cara yang akan dilakukan
tapi kalau dah tak nak tu..macam2 la alasan kan?

ok la..apa yang latest?
umar dah setahun usianya
bila?sabtu lepas tanggal 3/12/11
special thing happen?
nothing..
hehe kami bertiga lalui hari tersebut seperti biasa
lebih2 lagi umar yang tak tau apa-apa
dan aku sebagai ummi dan
suamiku sebagai abi pun
tiada apa-apa yang spesel
yang kami lakukan untuk raikan hari ulangtahun umar
hanya doa mengiringi PERMATA HATI kami
semoga umar menjadi anak yang soleh, sihat dan disenangi serta disayangi oleh orang-orang yang di sekelilingnya

cuma sebagai tanda ingatan pada hari tersebut
aku ada buat tempat letak kunci yang di catatkan nama umar
tempat letak kunci tu aku beli masa kami pergi bercuti di sabah
seminggu sebelum hari ulang tahun umar
gambar tempat kunci tu??hehe
sori la aku ni memang tak rajin la nak ambil gambar
ishhh!spesis apa la ku ni ek??rajin yang amat
hehe

hari ni plak tanggal 8/12/11
aku bawa umar untuk appoinment klinik
ala rutin biasa untuk bayi yang berusia 12 bulan
dan umar dapat hadiah daripada nurse FARIDAH
hehe 1 injection percuma
ntah ek injection tu untuk apa
nurse ada bagitau
tapi aku yang tak berapa nak amibil tahu
yang aku ingat MMR
ntah apa ntah
cuma yang aku tau injection kali ni
tak akan menyebabkab umar demam
sekali lagi..hehe
aku ni memang tak berapa nak ambil tahu
tapi aku tau apa yang aku buat untuk kebaikan
tak kira apa pun
yang aku buat..walaupun aku tak berapa nak tau
tapi aku tau apa yang aku buat untuk kebaikan diri aku, suami dan keluarga
hehe..susah ke nak paham??sori la
buat2 paham je la eh??please!!!hehe

berat umar naik
kalau masa 10 bulan dulu
berat dia 8.4kg
ari ni dah naik jadi 8.9kg

cuma aku dan suami masih dalam dilema
kenapa??
hehe nak tukar ke tak saiz pampers umar?
sekarang dia masih guna saiz M
dan lagi satu..perlu ke tukar brand pampers ek?
sekarang umar guna PETPET
tapi CD masih digunakan di taska
cuma kalau berjalan2 la kami gunakan pampers
dilema jugak ek tentang pampers ni
pasal saiz tu aku tengok cam ok je lagi
tak pulak nampak macam umar tak selesa
dan aku tengok pun cam ok je lagi
pas tu pasal brand PETPET tu
aku pun rasa cam ok je lagi
cuma di kalangan rakan2 la
ramai yang guna DRYPERS dan FITTI
ada la juga yang guna MAMY POKO
aku lak yang tak mampu..cuma aku ada beli DRY PANTS MAMY POKO
sesekali guna leh le
HUGGIES lak
aku pernah guna warna biru
tapi kulit umar kalah
merah2 kelengkang dia
so brand HUGGIES memang aku dan suami said BIG NO!NO! la
so kawan2 yang baca blog aku ni..mohon la komen ya
hehe
salah satu sebab aku suka guna PETPET sebab kat pinggang tu ada nombor 1,2,3
so senang nak pastikan kedudukan pampers tu seimbang
tak de la senget sebelah
hehe

tapi dalam kegembiraan
ada jugak terselit duka
apa??
tentang susu
huhu sebut je susu aku sedih
nape?
susu badan aku dah mula berkurang
aku masih boleh bekalkan susu ke taska
tapi tak sebanyak dulu
aku mula kehabisan stok bila umar berusia 10 bulan
bila ku kongsi dengan 'geng pam susu' kat sekolah aku
diorang kata mungkin sebab hormon jugak
ada yang kata sebab aku lama tak period
sebut pasal period..memang lama aku tak period
semenjak aku putus darah nifas
1st time aku period masa umar umur 8 bulan
masa tu bulan puasa
lepas tu aku tak period lagi
tapi selepas krisis tu aku period la
mungkin kebetulan faktor period menjadi punca
selepas tu susu banyak semula
tapi tak sebanyak dulu
tapi aku cuba untuk pastikan bekalan umar mencukupi
dan aku masih tak nak umar minum susu lain
cuma atas nasihat suami
aku beli juga susu formula
walau terpaksa aku relakan jua
untuk bagi bekalan susu tersebut ke taska
kalau tak cukup susu badan boleh la bagi susu formula
dan aku bersyukur
bekalan susu selalunya cukup
seingat aku baru beberapa kali je taska bagi susu formula tu
aku guna susu BIOMIL
susu tu aku beli kat kedai yang jual produk keluaran orang ISLAM
kedai sahabat roselle kat IMPIAN EMAS, JB

dan sehingga sekarang susu tu masih ada lagi..masih tak habis lagi
stok susu badan aku memang dah tak banyak
so aku memang kena terima kenyataan
bahawa aku kena campur susu formula
dan sejak ulangtahun umar aku bagi susu formula kat rumah
mula2 umar tak nak
lebih lagi bila aku yang bagi
dia nangis
so susu tu banyak yang terbuang sebab dia tak minum
kalau suami aku bagi kadang2 nak
tapi banyak yang tak nak
kalau dia nak pun aku kena 'HILANGKAN' diri
menyorok daripada umar nampak
lama2 baru dia nak minum
semalam 7/12/11
aku bagi baru umar nak
sebab dia memang minum banyak sangat
dia hisap direct macam tak kenyang
dah hisap pas tu nak lagi
dan memang nipple aku luka sejak umur umar 6 bulan
aku tak tahan sakit sangat semalam
jadi aku bagi la susu BIOMIL tu
akhamdulillah dia nak
so release la sikit luka tu

dan kami bercadang bila susu BIOMIL tu habis
kami nak beli susu ILHAM pulak
susu yang dibacakan dengan 30 juz ayat AL-QURAN..

ok la setakat ni je la entri ni
aku dapat rasakan kekurangan entri ku ini
apa??gambar kan??
aku sedar kekurangan itu
tapi aku lebih sedar yang aku ni terlalu rajin dalam bab2 ambil gambar ni
hehe ambil gambar ok lagi
tapi nak upload tu yang sangat rajin
minta maaf la kawan2 ye

assalamualaikum

5 ratus komen on "apa yang terbaru tentang umar..setelah lama tak update blog ku ini"

UMMI UMAR on December 8, 2011 at 11:56 PM said...

di usia setahun ni..umar masih belum pandai jalan..tapi tak pe la
akan tiba masanya nanti..sabar ye ummi

Anonymous said...

akak dalam delima yang mane satu kak...pasal susu ke pasal pampers..
kalau pasal pemapers pada piza...ikut pada berat umar sekarng...kalau boleh pakai saiz M ..boleh teruskan...kalau pada piza petpet the best pampers coz dah banyak piza try...yang pet2 paling bagus...x mudah tembus dan tahan pada kulit baby...piza sampai sekarang pakai pet2...

bab susu lak...ape pun susu ok..asalkan x memberikan alergi pada umar...dan umar suka minum suus tu...kalu die suka minum ia akan memberikan nutrian kat die...kalau susu tu banyak nutrien..n mahal sekali pun tapi anak x suka minum...ia x akn memberikan nutrien tu kat baby...hehheh..tu pandang piza lah...yang penting kita didik die menjadi insan yang soleh dan solehah...:)

UMMI UMAR on December 10, 2011 at 12:55 AM said...

tq..tu la setakat ni akak memang petpet..tapi malam ni baru je beli drypers..try dulu la..kalo tak ok balik pada petpet semula..hehe

UMMI UMAR on December 10, 2011 at 12:55 AM said...

pasal susu lak..akak sedaya upaya untuk bagi bekalan susu badan pada umar sebanyak yang boelh..tapi kalo tak cukup jugak memang terpaksa la bantu

UMMI UMAR on December 10, 2011 at 12:56 AM said...

setuju dengan pendapat fiza..baik mcm mana pun susu..tapi si punya badan tak suka..tak menjadi la..nway tq 4 ur advise

 

Umar - Permata Hatiku Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez