ApRIL = PENAT (last edition)


Acara penutup bulan april aku..apa???

BENGKEL EKONOMI ASAS 2011
TEMPAT: PUSAT SUMBER SMK TAMAN PELANGI INDAH

HARI: SABTU

TARIKH: 30 APRIL 2011

MASA: 8.00 am - 2.30 pm

PESERTA: 32 ORANG (TING. 4 DAN 5)

FASILITATOR: 8 ORANG (TING.5)


bengkel ni aku dah rancang dari tahun 2008. ilham dari seorang guru dari Kluang..tq to her kerana memberi idea ini. tapi malangnya sehingga ke tahun 2011 baru la dapat dilaksanakan impian ku ini..kenapa??salah aku sendiri la..sebab gagal buat perancangan dengan baik..so tahun ni alhamdulillah dapat dilaksanakan dengan jayanya..

jutaan terima kasih kepada kaunselor iaitu HAZMA kerana sudi menerima cadangan ku ini..dan yang lagi best dia yang bawa hasrat ku ini kepada BIG BOSS..so mudah la kerja ku kali ini..hehe..tq to hazma juga keran sudi menemani ku sepanjang bengkel itu berlangsung. terima kasih yang tak terhingga..

____________________________________________________________________


PART 1 (8.00 am - 9.00 am)
Tempat: Dataran Harmoni

Acara:
  • pendaftaran
  • pembahagian kumpulan
  • ice breaking
  • sesi bergambar
____________________________________________________________________


PART 2 (9.00 am - 12.00 pm)
Tempat : Pusat Sumber

aktiviti:
  • STUDY


Kumpulan 1

fasi - Vong Chia Ming dan Lee Jin Yi

Ahli kumpulan:
Jia Le, Wei Ying, Yie Chien, Jessie, Liu Qin dan Sim Yee



Kumpulan 2

Fasi: Yang Zhi Qing

Ahli Kumpulan:
Jun Hao, Shi Hong, Wang Sing, Whitney dan Jia Yie


Kumpulan 3 dan 4: sedang asyik berbincang


Kumpulan 3

FAsi: Syafiq

Ahli Kumpulan:
Shahirah, Pramela, Fatin dan Khairiyah


Kumpulan 4

Fasi: Zul Affkarl

Ahli Kumpulan:
Sanjeevan, KAvi, Yaamini dan Jiva


Kumpulan 5

Fasi: Thee Phae Ling

Ahli Kumpulan:
Zhao Jie, Yong Jian, Chia Jin, Yan Wan, Jia Sin dan Bao Ern.

Kumpulan 6

Fasi:Yip Wei Yang

Ahli Kumpulan:
Jonathan, Zheng You, Wui Ting dan Jun Wen..
ALAMAK satu kumpulan ni tak de gambar la plak..aduh!!!bukan salah saya ok..u all yang mengelak untuk diambil gambar..nanti saya cari gambar yang sesuai untuk awak semua..




HASILNYA... ini la kumpulan yang tak nak amik gambar dalam kumpulan tapi suka bergambar sendirian..
fasi kumpulan 6: wei yang..menyibuk kat kumpulan lain


apa la yang 2 orang ni tengok..jun wen dan zheng you


ni pulak..jonathan

yang ni plak wui ting sibuk dengan fasi si khaty..yang busy dengan persediaan untuk game..


gambar2 di atas menunjukkan suasana ketika bengkel dijalankan..mereka diberi kepada 6 kumpulan. ahli kumpulan dipilih sendiri.mengikut keselesaan pelajar coz memang objektif cikgu untuk memastikan u all boleh belajar mengikut bahasa ibunda masing2..kredit to pelajar india coz u all boleh belajar bersama pelajar MELAYU..study group ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 t/hari..aktiviti dihentikan setelah aku berpuas hati dan memastikan objektif bengkel berjalan lancar..apa yang aku buat??tanya soalan la one by one..yang boleh jawab dapat hadiah tau..ihsan dari unit bimbingan dan kaunseling..pin yang comel..ala tak de plak gambarnya..pin SMILE..yang salah pun ada hadiah dari kawan2..apa???aku kira 1, 2, 3 dan yang lain say "BOOOOO"..aktviti yang sangat menarik..dan semua enjoy..


PART 3 (1.00 pm - 2.30 pm)








permainan 'team work' diberi nama oleh fasi2 ku..
ini lah yang di nanti2 oleh semua orang..
terbahagi kepada 6 station..setiap station ada kata laluan yang tertentu dan soalan yang telah ditetapkan

soalan sukar 3 markah..kalau tak boleh jawab kena simbah air
jika soalan sukar tak boleh jawab dan telah disimbah air mereka diberi soalan sederhana..tak leh jawab juga simbah air lagi..hehe..
begitu la seterusnya..tapi ada 3 soalan je..tak bole jawab juga mmmm...drop Ekonomi asas la jawabnya..hehehe..

aktiviti ni la yang mereka paling seronok..semua kumpulan basah..haha..maksudnya ada soalan yang mereka tak boleh jawab di setiap station..mungkin station pertama boleh jawab tapi station seterusnya ada yang tak boleh jawab..hehe..seronok lak aku tengok diorang main air..

siapa pemenangnya??aku pun tak tau..hehe,..semuanya pada fasi..penyampaian hadiah akan dibuat selepas mid term nanti..sabarnya..

maka berakhir la bengkel EKONOMI ASAS yang dijayakan oleh pelajar2 ku..dibimbing oleh ku..cikgu hanya membimbing yang melaksana dan menjayakan adalah awak semua..

TAHNIAH!!!!!

sebelum terlupa:

1. jutaan terima kasih kepada pelajar2 ting 5 yang menjadi fasi..cikgu bangga dengan kamu semua kerana berjaya merancang permainan yang sangat best dan begitu bermakna kepada para peserta..kredit kepada PONG kerana berjaya merancang game tersebut dengan baik..walaupun last minit PONG terpaksa membatalkan kehadirannya..kredit to syafiq juga coz berjaya memikul tugas yang sepatutnya PONG buat tanpa disuruh oleh cikgu..saya bangga sangat dengan awak..to all fasi..sekalung tahniah kerana menunjukkan komitmen yang baik sepanjang bengkel berlangsung sehingga ke akhir program..aktiviti mengemas semula pusat sumber dan tempat game juga u all lakukan tanpa arahan saya..bangga nya dengan kamu semua..luv u all la...MMMUAH


2. jutaan terima kasih juga kepada pelajar2 Ekonomi Asas Ting 4 dan 5 yang hadir..tanpa kehadiran awak semua..bengkel ini tidak ada serinya..kerelaan anda yang hadir dan menceriakan bengkel ini amat saya hargai..semoga segala ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan..kepada pelajar ting 4 saya harap awak dapat gambarn sebenar untuk menjawab mid term nanti..pelajar ting 5 pula..ini adalah proses revison untuk SPM awak..saya harap ini belum terlewat..


aku dan booth jualan hehe..grab the opportunity..hehe

3. dan yang paling penting ucapan terima kasih ini kepada abi dan umar yang sangat memahami..di saat keluarga lain bersama2 untuk bercuti..tapi insan tersyang yang berdua ini merelakan ummi untuk melaksanakan tugas ummi dengan pelajar2 ummi..abi..terima kasih kerana sudi hantar ummi dan ambil ummi setelah habis bengkel petang tu..dan yang paling tak terhingga coz tolong kemas 'booth' jualan ummi..hehe..umar terima kasih ye sayang..coz tanpa sebarang tangisan umar di hantar ke TASKA buat sekian kalinya..dan yang paling ummi BANGGA umar tak menangis sepanjang perjalanan abi dan umar dari rumah ke sekolah ummi.perjalanan yang cukup mencabar bagi abi untuk bawa umar yang baru berusia 4 bulan..di tambah lagi keadaan highway yang jem ketika itu..terima kasih sayang..pastinya abi risau kalau2 umar menangis ketika..maunya abi kelam kabut kalau itu berlaku..tapi sebaliknya..alhamdulillah ummi BANGGA dengan umar..


































3 ratus komen on "ApRIL = PENAT (last edition)"

Lyana Mansor on May 2, 2011 at 4:36 PM said...

waahhhh macam meriah jek..rugilah i tak join...

UMMI UMAR on May 3, 2011 at 9:43 PM said...

tu la akak ajak join tak nak..rugi tau..seronok!!!

Cute MuM on May 6, 2011 at 12:19 AM said...

senang jer nak letak banner..
right clik kat banner tue..
pastue paste kat entri..
hightligt banner kat entri tadi tue..
tekan icon link,
pastue letak link entri giveaway tue..

 

Umar - Permata Hatiku Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez