Semoga mak cepat sembuh


tanggal 15.3.11 hari selasa..mak dimasukkan ke hospital..hati anak mana yang tak sedih bila dengar mak tak sihat..tapi apa kan daya..aku x boleh nak balik walaupun dekat je rumah aku dengan rumah mak.

pagi selasa tu..aku ada kelas tambahan sejarah kat sekolah..n dah plan dgn alyiah n rashidah untuk melukis mural di nursery UMAR..lepas kelas tambahan tiba2 dpt mesej daripada k long.dia suruh sediakan GL takut2 mak dimasukkan ke hospital..aku dengan tergesa2 n perasaan masa tu ALLAH je yang tau..memang nampak cam cool tapi dalam hati macam2 pikir..student yang 2 orang tu pun perasan yang cikgu diorang ni cam kelam kabut..

tapi dah janji dengan orang nursery punya pasal aku teruskan je plan aku tu..tertunggu2 gak keputusan sama ada mak boleh balik atau ditahan kat wad..akhirnya petang tu adikku ida bagitau mak kena tahan wad sebab kencing manisnya tinggi..aku redha je dengar..

teringat kat mak..memang susah sebenarnya mak nak dibawa ke hospital..kalau dia x betul2 sakit..dah tak tahan sangat la tu yang dia pasrah je bila dihantar ke hospital..demam 3 hari n masa yang sama dia tak makan..tak de selera makan katanya..bila rasa nak makan lak..masuk je makanan dalam mulut terus muntah..tu yang badan mak lemah..

petang tu..lepas suami balik kerja..terus kitorang pegi kota..pas solat maghrib baru dapat jumpa mak..lemah je badannya..aku kuatkan semangat..jangan nangis depan mak..air dimasukkan dalam badan mak malam tu botol yang ke-4.belum lama aku kat atas, suami telefon..suara UMAR dah kedengaran..nangis pulak anak UMMI ni..kuat dia menangis..so terpaksa turun..
malam tu adik aku yang ke-7 jaga mak..kami maklum lelaki tak bole jaga pesakit perempuan..tapi terpaksa..adik beradik 2 orang je perempuan..dua2 ada baby.menantu perempuan ada dua.ina ada anak kecil jugak..so..semua mengharap pada 'wonder woman'..iaitu k long.kakak ipar yang aku rasa susah nak jumpa insan sebaiknya..tapi wonder woman lak tak sihat..so anak mak yang lelaki kena jaga..itu juga la salah satu sebab mak tak nak dibawa ke hospital setiap kali sakit..sebab dia bimbang siapa yang nak jaga dia kalau kena tahan di wad..

so,malam tu aku tidur ditemani air mata.seawal 3 pagi aku sms adik untuk tanya perkembangan mak..alhamdulillah demam mak dah semakin kebah..tapi masih muntah bila mak makan..

0 ratus komen on "Semoga mak cepat sembuh"

 

Umar - Permata Hatiku Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez