asslamualaikum..
JNL 1144 sah menjadi milik kami sekeluarga pada tanggal 15 Mac 2012 (Khamis)
alhamdulillah..hari ini ISNIN(19 Mac 2012) dah masuk hari ke-5 kami memandunya..dan bagi aku pulak..ni la hari pertama merasai pemanduannya..sebab sebelum ni UMAR tak benarkan umminya memandu..jika mahu UMAR akan turut serta..dengan iringan muzik(nangis)..so..ummi surrender..tak payah la ummi pegang stereng sepanjang cuti lepas..atau mungkin kebetulan kesihatan UMAR yang memang kurang sihat..merengek je..nak tumbuh gigi geraham..tambahan lagi ni la masanya untuk UMAR bermanja..maklum umminya bercuti..
atas permintaan sahabat baik, beliau minta dikongsikan pengalaman membeli JNL 1144. pengalaman??bukan pengalaman pemanduan..maklumla tak sampai seminggu lagikan??tapi beliau minta diabadikan pengalaman tawar menawar harga dan diskaun serta tawaran yang diberikan oleh salesman kereta tu..
walaupun pengalaman tak seberapa..tapi akan dikongsi kan juga la..dan sebenarnya aku hanya sebagai pengkritik je..yang sebenarnya suami la orang yang paling bertanggungjawab untuk survey harga dan mendapatkan segala penjelasan..maklumla dia memang cuba untuk menambat hati aku yang pada mulanya memang sejujurnya..tidak begitu teruja untuk memiliki ALZA..so si suami bekerja keras untuk menarik minat si isteri..pelbagai soalan yang aku utarakan cuba dijelaskan..dan hasilnya..lahirlah JNL 1144
tak ramai sangat pun salesman yang dijumpai..ada la 3 orang..manakala seorang lagi diperkenalkan kawan dan aku hanya berhubung menggunakan sms sahaja...so semuanya 4 orang la ek..cuma tawaran seorang salesman ni la yang menarik minat kami..walaupun pada asalnya kami lebih berminat untuk membeli dengan salesman MELAYU tapi tenyata CINA juga yang berjaya menambat hati kami..tanpa sebarang tipu daya tapi segala janji yang diberikan munasabah dan sama2 untung la..insyaallah..kalau nak cerita untung memang la dia lagi untung..tapi sekurang2nya kami puas hati dengan apa yang ditawarkan..bukan cuba nak perlekehkan salesman yang sama bangsa dengan kami..tapi tawarn yang diberi tu juga sama dengan salesman cina yang lain juga..so sebenarnya salesman MELAYU tu juga tidak kurang hebatnya..cuma yang kami pilih ni lagi hebat la..hehe..jon kita tengok sama2 tawarannya..
di sini aku tak nak cerita tentang tawaran salesman 2 MELAYU + 1 CINA tu sebab memang dah biasa jumpa..perkongsian hanya pada tawaran yang telah aku perolehi sahaja..ingat!!ni hanya perkongsian..
pada mualanya suami lebih berminat untuk ambil yang full spec RM70,000. tetapi salesman tu kata kalau ambil yang premium pun boleh juga..harga RM64,000(lebih kurang la ye).reason kenapa dia cakap macam tu sebab kalau amik yang full spec, beza dengan yang premium hanya: leather seat,body kit (skirting) dan reverse camera+GPS.beza harga pula lebih kurang RM6,000..
rentetan itu beliau memberi tawaran:
percuma - reverse camera(w/out GPS),quality tinted(semua cermin),nombor plat yang ditempah di JPJ(1144-asalnya RM300 tapi last minute RM410),plat baru(bukan nombor yang ditampal) dan body kit dengan harga RM1000(aku bayar sendiri).yang pasal body kit tu ada salesman yang letak harga RM1,300.alamak lupa lak..salesman tu siap isikan minyak penuh untuk kereta kami sebelum diserahkan kepada kami..mmmm tq so much la mr salesman..ur service so GOOOOD!!sangat puas hati..
aku sepatutnya bayar deposit RM6,400 (10% dari harga kereta).tapi setelah ditolak NCD kereta lama 55% (RM1100) so aku hanya bayar RM5,300 sahaja untuk deposit dan ditambah dengan duit body kit, semuanya RM6,300.dan kebetulan kami ambil ALZA so ada la baki duit untuk tambah aksesori dalam kereta
ha ni cerita pasal aksesori pulak..salesman kenalkan kami dengan kedai aksesori.di kedai tersebut juga la dia pasangkan tinted..kami pasang TV dalam JNL 1144 tu..maklum la..ada la duit lebih sikit..tu pun berkat tak ambil kereta jenama lain..kalau tak, tak merasa la..maklum la..kami memang jenis berbelanja mengikut kemampuan sahaja..'ikut saiz baju' la katakan..mengikut nasihat pepatah melayu 'ukur baju di badan sendiri' bila berbelanja..
sambung pasal pasang tv tu..asalnya nak pasang yang kat sun visor tu je..tapi sebab nak yang memang puas hati..dengan hanya tambah lagu beberapa ratus sahaja dah boleh dapat macam yang ada sekarang..maksud aku pasang di player asal..so yang asal tu diganti dengan player baru yang pelbagai function..touch screen lagi..boleh baca dvd,vcd,usb,bluetooth,GPS,tv,radio dan boleh jawab telefon dan buat panggilan telefon juga..so aku hanya perlu aktifkan bluetooth..so aku boleh jawab dan buat panggilan..tanpa memegang telefon..ok tak???pada aku TERBAIK la..tak tau la orang lain..pada kami yang sederhana ni..dah cukup alhamdulillah..eh lupa lak nak bagitau ada tmbahan 2 skrin tv lagi di tempat letak kepala driver dan sebelahnya tu la..ntah apa nama ntah..hehe so ada 3 skrin tv la semuanya..alhamdulillah sangat2..sangat puas hati..(sambil menaip sambil tersenyum puas hati)..hehe..mesyi nak tau RM kan???cuba teka..eheh ngada2 lak nak suruh teka ek..bagi tau je la kan?RM1370 sahaja..
apa yang aku dapat dengan harga tu??1 player+skrin yang didepan tu,2 skrin tv di belakang,2 unit stabiliser untuk support power dan percuma lampu LED yang dipasang di lampu hadapan dan antena tv..pada aku ..tu la harga yang terbaik..atau mungkin korang boleh dapat harga yang lebih baik tu..lagi bagus la..aku cuma nak kongsi apa yang aku dah lalui sahaja..insyaallah tiada unsur2 riak atau menunjuk2..seperti yang aku kata..kami berbelanja ikut kemampuan..kalau korang lebih kemampuannya..pasti akan lebih lagi yang korang akan dapat..ALHAMDULILLAH
say ALHAMDULILLAH Thank You ALLAH..insyaallah akan selalu aku ucapkan..kalau korang berminat atau nak tau apa2 boleh je bertanya dengan aku atau pada orang yang lebih mahir..dan jangan lupa kalau buat pinjaman tu pilih lah yang ISLAMIC..semua bank dah ada urusan jual beli secara ISLAMIC..ingat itu kewajipan sebagai umat ISLAM..kadar faedah sekarang hanya 2.88%..dan bayaran JNL 1144 selama 9 tahun secara ISLAMIC RM671. nak lebih lanjut lagi tentang mudharabah/jual beli islam korang boleh cari dalamblog ustaz zaharudin..bahawa kita wajib untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai ISLAM jual beli tanpa riba..aku tak pandai nak cerita so..korang cari la sendiri ye..
aku rasa dah cukup panjang lebar perkongsian ku ini..aku hanya bercerita dan berkongsi kepada yang sudi saha..kalau rasa tak sudi tu tak payah la baca..aku minta maaf kerana sebab telah menyebabkan korang tak suka nak baca..
kepada yang sudi membaca..syukran..terima kasih..
kepada sahabat AZRINDA HASSAN MOHAMAD..yang meminta supaya perkongsian ini diabadikan dalam blog ku ini..diharap berpuas hati. terima kasih juga kerana memberi idea untuk mengabdikan perkongsian yang membuatkan aku tersenyum HAPPY sepanjang menaip..hehe..TQ kak..
sekian wassalam..
Subscribe to:
Posts (Atom)