2 ratus komen
assalamualaikum..
aku ada beli kek dayang salhah bulan 7 ari tu
tup2 dengar cerita pasal butter yang x halal tu
risonya aku
ye la sebab ada lagi baki
kat dal peti ais ku itu
hajat hati nak makan time raya nanti

aku tipon adik angkat aku yang kat sarawak
ye la orang yang belikan aku kek tu
nak tanya pasal status kek tu
dan jawapannya..
kamek sik tauk kak
huh!!hampa

aku tanya lak pada kawan yang lagi sorang
pun memberi jawapan yang sama

dan hari ni aku dapat jawapannya
terima kasih kepada pemilik blog yang sangat prihatin ini
alhamdulillah

so tak jadi la aku nak
menghumban kek lapis yang masih ada
dalam peti ais ku itu


maklumat lebih boleh dapat dari sini..
info: diambil dari http://www.bicaradariaku.com/2011/07/kek-lapis-sarawak-adalah-halal.html

1. KUCHING: Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit hari ini berkata kek lapis yang dibuat di negeri ini adalah halal.

Beliau berkata ramai orang mempersoalkan sama ada kek lapis itu menggunakan produk ''Golden Churn Creamy Butter'' selepas ia dilaporkan mengandungi DNA babi dan ini menyebabkan ramai telah memberhentikan tempahan buat sementara untuk memastikan status halalnya.
"Kami ingin menjelaskan bahawa kek lapis yang dibuat di Sarawak adalah halal kerana kami tidak menggunakan produk itu lagi sejak setahun lalu," katanya



2. Saya juga ada menerima kiriman sms daripada pihak pengurusan Kek Lapis Dayang Salhah. Berikut saya paparkan sms yang baru saya terima itu( 04:42:39 pm. 06 -Aug-2011) “ Salam. Untuk makluman rakan-rakan semua, bahawa kami kek lapis Dayang Salhah tidak pernah menggunakan butter “golden chern” yg mengandungi DNA babi. Kami menggunakan butter “Bakels” yang kami beli dari Kuala Lumpur. Pihak Jabatan Agama Islam Sarawak telah pun melawat kedai dan kilang kami baru2 ini untuk mengesahkan kami bebas dari penggunaan butter tersebut. Dan kami telah lulus. Saya pun memang sangat particular tentang hal2 halal haram ni. Saya berani tanggung sekiranya saya bohong dengan customer saya. Jadi saya harap rakan2 semua jgn berasa was2 lagi tentang penggunaan butter kami. Harap maklum.


kelebihan menggunakan CD

1 ratus komen
Assalamualaikum..

badan umar panas sejak balik TASKA jumaat lepas.
ia berlarutan sehingga ke hari ahad
tapi walaupun badannya panas ahad tu
ummi dan abi tetap menghadiri kelas tajwid di setia tropika
alhamdulillah..tamat sudah pengajian di bulan ramadhan ni
dan good news nya
kelas tajwid tersebut akan diteruskan lagi
bermula oktober nanti

eh..lari dari tajuk lak
sebenarnya nak cerita kelebihan menggunakan CD ek??hehe
dulu aku ada gak bagi tau kat kawan2 di sekolah
sebab2 aku guna CD ni
selain daripada jimat dan selamataku juga ada bagitau
dengan menggunakan CD ni aku dapat pantau
kekerapan umar berhada besar
tapi respon dari kawan2 ku
'anak first biasa la'
atau ada yang kata
'berak pun nak tau ke?'

dan jawapan ku
'mesti la. takkan nak tanya dengan pengasuh.mesti diorang tak ingat.'
so balik rumah masa nak bersihkan
boleh la tau

kenapa nak kena tau?
dah nama pun budak
kalau dia sakit bukannya dia boleh bagitau kita kan?
kalau balik tu kami(abi dan ummi)
tengok tiada CD yang ada najis
so ummi akan tau
punca umar menangis
mungkin sakit perut
so ummi boleh la ambil inisiatif
untuk sapu minyak di perut umar

atau kalau tengok banyak sangat dia berhadas
maksud aku
banyak CD yang ada najis
sakit perut ke dia?
aku makan apa?
sampai umar berhadas besar banyak sangat?
maklum la dia full breastfeed kan?

so..apa pendapat korang??
reasonable tak alasan aku?

selain tu
aku leh gak pantau
selalu tak diorang salin CD umar?
aku dah inform kat TASKA
yang CD ni paling lama guna
4 JAM je
setakat ni alhamdulillah
aku sangat berpuas hati
dengan penjagaan diorang terhadap umar
ada kekurangan sikit2 tu biasa la

so kepada kawan2 yang masih belum menggunakan CD tu
apa tunggu lagi?
rebut la peluang untuk berjimat
selain daripada dapat menjaga alam sekitar

walaupun usaha yang sangat sedikit yang kita lakukan
insyaallah
manfaatnya kita sendiri juga yang akan dapat


hukum memberi salam dan menjawab salam

1 ratus komen
assalamualaikum..
entri kali ni..sebenarnya dah lama nak wat
tapi baru ari ni rajin nak menaip

kat sekolah biasa la
kita selalu ingatkan pelajar2 kita untuk memberi salam
apabila berselisih bahu dengan guru

dan perkara jarang2 berlaku di sekolah sekarang
jika nak dibandingkan masa zaman kita sekolah dulu
mau jenuh cikgu tu nak menjawab salam
hehe

pelajar sekarang ni pulak
kalau tak bai salam boleh terima lagi
tapi..dia orang boleh wat tak tau je dengan kita
at least senyum dan tunjuk rasa hormat
sudah memadai pada aku la

sebenarnya yang aku nak kongsi bukan itu
tapi kita sebagai cikgu ni
bila budak bagi salam
kena la kita menjawabnya
kerana hukum memberi salam adalah sunat
manakala kita yang diberi salam ni wajib menjawabnya
nak lebih info pasal ni
korang boleh la klik di SINI
atau layari

blog ni
http://http//dungun.net/2008/04/hukum-memberi-dan-menjawab-salam

dan yang lagi tak bestnya
bila kita sesama guru memberi salam
terutamanya bila
masa nak punch card tiap2 pagi
sukar untuk didengar jawapan salam ku itu
atau mungkin dijawab di dalam hati
aku pun tak pasti
tapi jika kita meminta pelajar memberi salam
perlu lah rasanya jawapan salam kita
didengari oleh pelajar dengan jelas
baru lah pelajar bersemangat
untuk memberi salam kepada kita
insyaallah

kalau kita nak pelajar buat yang betul
kita kena betul dulu

aku cakap ni pun bukan sebab aku bagus sangat
tapi hanya berkongsi
jika aku tersilap
sudi lah kiranya
menegur kesilapan ku

MENGAPA RASULULLAH TIDAK PERNAH SAKIT?

3 ratus komen
Assalamualaikum..

MENGAPA RASULULLAH TIDAK PERNAH SAKIT?
ni sebenarnya tajuk sebuah buku
best..baca lah..

saje nak kongsi sedikit isi kandungan buku ini

Akhlak Rasulullah S.A.W

1.Rasululullah yang dicintai, bertubuh sedang-sedang sahaja. Perawakannya tidak terlalu tinggi namun tidak pula pendek.
2. Kulitnya tidak putih melepak dan tidak juga sawo matang, tetapi kulitnya putih kemerah-merahan, seperti terbentuk daripada perak.
3. Kepalanya besar, begitu juga tulang sendinya, wajahnya agak bundar dan pancarannya cerah bagaikan rembulan di saat purnama. Rambutnya ikal bergelombang, tidak terlalu keriting dan tidak pula lurus kaku. Warna rambutnya kehitam-hitaman, tumbuh lebat dan panjang sehingga mencapai cuping telinga.
4. Apabila beliau menyisir rambutnya, dibelah dua dengan rapi. Uban dirambutnya tidak lebih daripada 20 helai. Dahinya lebar, alisnya melengkung bagaikan dua bulan sabit yang terpisah. Belahan matanya lebar dan hitam pekat dan bulu matanya lentik.

setakat ni dulu..nanti sambung lagi

menu sahur untuk ibu menyusu

2 ratus komen
assalamualaikum

saje je nak kongsi
apa yang aku makan
dan pastikan susu untuk umar tetap sedap dan banyak

aku akan makan nasi
walaupun kadang2 memang tak selera
nak makan pagi2
tapi aku selalu set minda untuk pastikan
susu badan sentiasa banyak dan sedap
demi umar yang tersayang

selain tu aku makan kurma 5-9 biji
minum air milo + protein
protein brand apa?
kalo aku
pastinya AMWAY lah
tapi kalo nak guna Protein jenama lain pun
tak apa
yang penting khasiat protein tu yang kita nak

dan yang paling penting aku minum air masak
dengan sangat banyak
bukan time sahur je
tapi sepanjang malam selepas berbuka
aku memang suka minum air masak

selepas berbuka jugak
aku akan ambil supplemen CALCIUM n MAGNESIUM
ni pun terpulang la nak jenama apa
kalo aku
pastinya AMWAY pilihan ku

alhamdulillah
sepanjang seminggu berpuasa ni
susu yang dipam
tetap pekat

walaupun amaun yang dipam
tak banyak sangat
aku tetap bersyukur
setiap kali pam aku akan
3-7 oz
aku akan berusaha
dan paksa diri aku
untuk pam susu
sebanyak 3 kali iaitu:

1. selepas sahur
2. 10 pagi
3. 5 petang

dan alahamdulillah
setiap hari stok susu umar
akan bertambah 15-16 oz
mungkin jumlah nya sikit berbanding orang lain
tapi aku tetap bersyukur
dan yakin kurniaan ALLAH
selaras dengan keperluan umar

memang umar minum susu yang disimpan tak banyak sangat
sejak lahir sampai la umur dia dah 8 bulan sekarang
aku masih hantar ke TASKA sebanyak 4 botol
dan kadang2 susu tu ada yang tak habis

so ALHAMDULILLAH
atas kurniaan ALLAH

so, mari kawan2
makan la makanan yang berkhasiat
supaya kita dapat menunaikan kewajipan sebagai umat islam
disamping dapat menunaikan tanggungjawab kita
untuk memberikan yang terbaik untuk si comel kita

semuanya dengan izin ALLAH

Makanan apa yang terbaik untuk anak kesayangan kita??

1 ratus komen
Alhamdulillah..
sejak Umar diberi makanan pelengkap
aku sudah melatih untuk makan
badam,kurma, kismis, habatus sauda dan olive oil
semua ni aku belajar dari sini

tapi masih ada yang kurang
aku akan cuba untuk memberi resipi lengkap kepada Umar
dengan izin ALLAH
aku harap Umar akan menjadi bijak
dan mempunyai kesihatan yang baik
sekurang-kurangnya menjadi anak yang soleh
dan taat kepada perintah ALLAH dan mengikut sunnah RASULULLAH

RESIPI MAKANAN YANG BAIK UNTUK ANAK




Peringatan:
Habbatus sauda dan buah tin letak sikit je.

terima kasih kepada http://darwishndarwisya.blogspot.com
kerana memberi info yang baik ini
semoga sama2 kita manfaatkannya

dengan izin allah

MALAS bertanya SESAT Jalan PART2

1 ratus komen
assalamualaikum..
kawan2 semua..
ingat tak entri yang lepas?
ala pasal MALAS bertanya SESAT jalan lah ni?
kalau berminat nak baca..
klik sini

so bila dah terbiasa
penyakit ini pun akan 'tegal biasa'

ok lah
biar lah aku terus kan episod kedua ini

25/7/11(isnin) - umar demam
tapi aku pagi pergi kerja seperti biasa
sebab aku cek suhu badan umar ok
tapi masa di sekolah
pihak taska umar telefon
bagitau badan umar panas lagi
so aku bergegas nak balik

dalam perjalanan balik
baru aku teringat
esoknya- selasa (26/7/11)
aku kena menghadiri perjumpaan guru-guru pembimbing Tunas Bistari
tapi di mana ek?
ooo aku rasa SMK Pasir Putih

esoknya aku pun memulakan perjalanan
ke daerah Pasir Gudang
dalam hati ni..betul ke jalan ni?
tapi aku MALAS nak telefon sesiapa untuk mendapatkan kepastian

aku redah je..aku yakin sebab suami aku jalan sampai hujung jalan
so akuredah je la..
dalam fikiran aku
(ooo agaknya kat Kg. PAsir Putih agaknya

sampai je ke kg Pasir putih
aku pun masuk je la mana2
aku try nak explore sendiri kg tu
alhamdulillah di depan warung ada map kg tersebut
aku tengok tak de pun sekolah menengah

aku dah risau
jam menunjukkan pukul 8 pagi
akhirnya aku gagahkan
juga untuk bertanya dengan sesiapa yang ada di situ

Assalamualikum..pakcik.
di mana ya sekolah menengah?
di kampung ni tak ada sekolah menengah, kata pakcik tu
tapi awak cuba la ikut jalan ni, tambahnya lagi

aku layankan je pakcik tu
padahal aku tak pegi pun ikut jalan yang dia bagi
sebaliknya aku telefon ofis
minta tolong kerani tengokkan tempat

ooooo rupanya SMK Taman Pasir Putih
huh!dah la lambat pastu salah jalan pulak tu

so aku pun mula rajin tanya
akhirnya aku jumpa sekolah tu

so moral of the story
kalau la awal2 lagi aku tanya kerani
sekolah mana yang nak pegi
tak de lah minyak kereta aku abis

MALU BERTANYA
ABIS MINYAK KERETA

hehe

Cara untuk dapat breast milk yang banyak????

1 ratus komen
Amalkan cara yang betul untuk mendapatkan jumlah susu yang banyak. Ikut cara-cara di bawah:
  1. Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa
  2. Periksa jika pam anda mempunyai masalah sedutan atau sebagainya yang membuatkan susu semakin kurang
  3. Kerapkan mengepam atau menyusu setiap 1 1/2 jam atau 2 jam sekali. Jika perlu buat hyperstimulation atau power-pumping dengan menggunakan pam yang ada double-pumping
  4. Pastikan bayi menyusu kedua belah payudara sehingga dia berhenti sendiri
  5. Tingkatkan masa mengepam contohnya selepas bayi menyusu tambahkan sesi mengepam sekurang-kurangnya 5-10 minit untuk tujuan stimulasi
  6. Bagi bayi yang belum memulakan solid food elakkan suplemen seperti air masak, formula dan jus buah untuk pastikan anak terus menyusu susu badan
  7. Si ibu banyakkan mengambilan makanan yang mengandungi protein dan kalsium untuk hasilkan lebih banyak susu badan
  8. Pelbagaikan menu makanan anak bagi yang sudah memulakan solid food jika si ibu masih tidak dapat menyediakan jumlah susu yang diperlukan. Bayi yang kenyang akan kurang minum susu
  9. Banyakkan minum air masak ataupun perbanyakkan makanan yang mengandungi sup bagi si ibu
  10. Banyakkan berehat. Jangan asingkan tempat tidur untuk memudahkan penyusuan dan perbanyakkan sentuhan kulit ke kulit untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama
  11. Perbanyakkan menyusu bayi anda untuk tingkatkan penghasilan susu. Susukan bayi anda sebelum pergi bekerja. Pesan pada pengasuh agar tidak memberikan EBM di dalam botol sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda mengambil bayi anda. Cara ini dapat menjimatkan EBM dan secara tidak langsung anda dapat membuat stok
  12. Banyakkan sesi mengepam di pejabat dan di rumah jika bayi anda telah kenyang.
  13. Elakkan penggunaan botol susu ketika anda berada bersama bayi. Bayi yang minum melalui botol akan minum lebih banyak kerana puting botol menyebabkan aliran susu laju dan bayi akan minum banyak dan banyak berbanding bayi yang menyusu terus payudara kita.
  14. Elakkan apa-apa perkara yang boleh membuatkan susu badan anda drop contohnya penggunaan pil perancang. Kedatangan haid juga salah satu sebab penghasilan susu akan menjadi kurang, elakkan stress, sentiasa menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit
  15. Ambil penggalak/penambah susu.Antara yang glamor ialah Alfalfa, soy protein, kalsium dan sebagainya..(tak kisah la jenama apa pun..yang penting si kecil kita mendapat khasiat yang diperlukan)

selamat mencuba

MUHASABAH diri

3 ratus komen
alhamdulillah

aku sakit ari ni?
tanda ALLAH sayangkan aku
ada hikmahnya
mungkin kalo kaki aku tak sakit
aku akan lewat masuk kelas
kalo kaki aku tak sakit
aku tak jejakkan kaki ke surau sekolah
yang memang dah lama aku tak solat kat situ

so ceritanya
aku sakit kaki

kenapa?
aku terpelecok semasa nak membeli baju raya untuk umar
huhu
yang sedihnya
orang yang lalu lalang kat situ
wat tak tau je
yang lebih sedih warga KEMBOJA yang berniaga
kat situ pun tak tanya pun
wat cam tak nampak je kejadian itu
padahal aku jatuh kat depan kedai dia

alhamdulillah ada mak
dan aku masih boleh berjalan
sempat beli baju dan tudung diri sendiri
hehe
masa tu aku tak rasa lagi sakit

dan yang paling aku bersyukur
masa tu aku tak dukung anak ku yang comel itu
alhamdulillah
masa tu umar tidur di dalam kereta dan ditemani abi
syukur pada mu YA ALLAH

sampai uamh petang tu
baru terasa kaki sakit
aku solat duduk atas kerusi

mak dan kak long aku yang urut kaki
aku rasa sakit
tapi tak bengkak
dan pagi maikn sakit
sebab aku banyak buat keje semalam

semalam pagi cam dah ok
so aku menyapu la kat umah mak
kat umah sendiri lak
sibuk siapkan juadah untuk berbuka
sambil terkejar2 kan umar

dan malam tadi kaki makin sakit
pagi ni aku buat keputusan untuk pergi klinik
kalo perlu x-ray
nak tengok apa la masalah probelm kaki ku ini
nasib baik kaki kiri
so bole la drive keta sendiri
x payah la suami ku bercuti

so aku bersyukur atas segala kejadian yang menimpa diriku
walopun sakit aku percaya ada hikmah disebalik kejadian itu

alhamdulillah..
 

Umar - Permata Hatiku Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez