penyakit 'mim alif lam sin'

1 ratus komen
assalamualaikum..
aku ni kadang2 mmg malas nak bertanya..
akibatnya..
hehe..
aku dah sampai di SMK LKTP Ulu Tebrau tengahari tadi
dalam perjalanan..aku bisik dalam hati
alamak dah lambat
tapi tak pe la
dah solat senang

sampai kat sana
cari2 gak keta kwn2 yang kenal
tapi tak de

so aku wat keptusan tipon firdaus(SU Ekonomi Asas)
yang memang kat sekolah tu
aku tipon nak tanya meeting wat kat bilik mana?
firdaus cam terpinga2
meeting apa?
aku kata kan ada meeting kan?
ha???dia cam tercengang2
bukan ke meeting 4/7/11?
eh???aku pun cakap la
yang aku dah ada kat sekolah dia
haha..lawak2
tu la
masa jumpa member2 kat PPD ari tu
aku cuma dengar kata meeting hari isnin
dan diorng semua pesan bawa nama pelajar untuk kem
so aku tak banyak tanya la

cuma pagi tadi aku cam heran
eh tak de surat ke?
selalu meeting panitia daerah mesti ada surat
hehe tu la patutnya kau tipon la sesape
untuk dapat kepastian
haha
percuma je bayar duit minyak sendiri untuk ke sanaaaa
haha
dan hari ini dalam sejarah aku sampai umah sebelum kul 3
hehe
dapat la gak berehat
umar aku tak amik
biar la dia di TASKA
hehe

so moral of the story
malu bertanya
bazir la duit minyak keta anda
haha

jom kongsi ..resipi bersahur bagi ibu menyusu..

3 ratus komen
assalamualaikum..
syukur..alhamdulillah..aku dah abis ganti pose..
hehe walopun aku tak pose 1 ari je thn lepas..
tp susahnya nk ganti

alhamdulillah..isnin dan khamis minggu ni
aku dah jalankan kewajipan ku sebagai hambaNYA
selain mengganti pose aku juga
dapat berlatih berpose
maklum la..aku kan full BF kan UMAR

alhamdulillah..susu pekat cam biasa
sahur aku makan roti je..hehe tapi 2 keping
roti wholemeal ok..bukan roti putih biasa tu
aku sapu dengan butter dan kaya
sedapnya..

lagi?
aku minum segelas PROTEIN
banyak gelas air putih/tapis

tak lupa kurma dan kismis
selain tu aku makan supplemen macam biasa
DOUBLE-X 3 biji dan
KALSIUM MAGNESIUM 2 biji

alhamdulillah
walaupun aku berpose
badan tak lemah pun
semalam siap ada latihan rumah sukan lagi..

so..aku akan terus berlatih
berpose
sementara menunggu RAMADHAN menjelang

proses mengepam susu
aku buat macam biasa jugak
dan yang lebih menggembirakan
dugaan ALLAH untukku iaitu
susu badan berkurang
telah kembali pulih seperti biasa

tu la kita manusia ni
baru ALLAH duga sikit je
aku dah menggelabah
tak tentu hala cari solution macam mana nak banyakkan susu
tapi aku terlupa
sebenarnya ni semua pemberian ALLAH

walau banyak mana pun aku berusaha
untuk banyakkan susu
makan dan minum macam2 untuk pastikan susu bertambah
aku harus juga sedar bahawa semua ni
dengan izin ALLAH sahaja ia nya akan terjadi

bukan apa yang kita makan atau minum
walaopun kita kata sesuatu produk tu bagus
tapi dah ALLAH kata tak
maka tiada apa yang berlaku..

so..ALHAMDULILLAH
je la yang mampu aku ungkapkan atas segala ketentuan mu YA ALLAH
AMIN..

Penyakit Batu Karang..Alhamdulillah..

2 ratus komen










assalamualaikum..

kenapa tiba2 nak cerita pasal batu karang ni??
eh sebelum tu..nak bagi tau
ni bukan cerita pasal batu karang perhiasan ok
tapi penyakit batu karang

alhamdulillah
ALLAH sayang suami ku iaitu abi umar
ya la..sebab ALLAH sayang la diturunkan penyakit
supaya kita boleh berehat dan
sebagai amaran agar kita melebihkan amalan sebagai HAMBANYA

abi start sakit sejak 16/5/11 lagi
cam familiar je tarikh ni ek?
hari guru la..oooo patut la cam pernah ku dengar tarikh ni
ni la tarikh keramat bagi guru

tapi masa tu doktor kata food poisoning je
so kami pun tak syak apa2 la

2 weeks later
29/5/11
abi muntah2 lagi
ummi bawak gi klinik lain lak
tapi doktor tak dapat kesan apa2 melainkan food poisoning jugak
tapi kali ni doktor bagi surat refer ke pakar puteri

esoknya 30/5/11
abi cam biasa je
ummi lak kebetulan cuti sekolah
pagi tu kami kemas bilik
pindahkan katil kat bilik depan ke bilik belakang

siap je kemas
abi mengaduh sakit perut lagi
yang sakit sangat tu abi kata
sakit perut tu menarik hingga ke pinggang
aku tak dapat bayangkan
melainkan bayangan ku mengingatkan
macam mana sakit nak bersalin dulu
sakit wooo
ALLAH je yang tau
petang tu aku terus bawa ke pakar puteri

petang tu doktor kata kena masuk wad
dan doktor kata tanda2 yang suami ku alami
mungkin ada kaitan dengan batu karang
walaupun doktor tanya samada
sakit ketika buang air kecil atau ada keluar darah atau tidak
dan jawapan dari suami ku TIDAK

so bermula la sejarah
abi tidur di wad for the 1st time in his life


abi relaks..tapi takut sebenarnya..hehe

keesokan pagi 31/5/11
setelah menjalani city scan
sah suami ku mengidap batu karang
doktor nasihatkan supaya dibuang

pagi doktor sahkan penyakit abi
petang tu juga abi di operation
alhamdulillah berjaya dikeluarkan



dah penat main..tegok tv pulak..sementara tunggu pak ndak di bilik pembedahan..siap ada yang tido

tak cukup katil..kat lantai pun bole..katil untuk pak ndak yang sakit
so u all dok di bawah ye..

abi baru keluar dari bilik bedah

abi kelaparan..selepas berpuasa


1/6/11 abi keluar dari hospital

dibawah ni ada sedikit info tentang penyakit batu karang tu..




Penyakit Batu Karang

Masalah dan Solusi Penyakit Batu Karang

PENYAKIT batu karang dalam buah pinggang dan hempedu (kidney dan gall bladder) bukan penyakit baru tetapi juga dihadapi oleh orang tua-tua kita dan mereka telah menemukan banyak kaedah dan rawatan untuk penyakit ini.

Batu karang di buah pinggang dan saluran kencing.

Batu karang dikenali dalam istilah perubatan sebagai kalkulus dan penyakitnya disebut nefrolitiasis.

Batu karang terbentuk daripada pemendapan jasad-jasad hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain. Bentuk dan saiznya berbeza; ada yang serupa bujur telur ayam, lonjong, tajam, halus atau berbutir-butir. Penyumbang atau kerosakan yang disebabkan wujudnya batu karang ini boleh menimbulkan rasa yang amat sakit di kawasan pinggang atau kawasan organ seks.

Rasa sakit ini disebut kolikrenal (renal colic). Batu karang yang pecah juga boleh menjadi punca berlakunya pengumpulan bakteria.

Penyakit batu karang lebih cenderung berlaku pada mereka yang sudah lanjut usia, penghidap gout, mereka yang alami jangkitan bakteria di saluran kencing dan mereka yang menghidap penyakit metabolik (penyakit yang disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan enzim tertentu yang diperlukan untuk metabolisme asid amino, karbohidrat dan lain-lain).

Batu karang hempedu adalah jenis Batu karang yg boleh juga terdapat di pundi hempedu, duktus sistik dan duktus hempedu. Keadaan ini juga disebut kolelitiasis. Ia lebih sering berlaku pada wanita yang pertengahan atau lanjut usia dan yang guna pil perancang keluarga. Kolesterol, pigmen (bilirubin digluoronida), atau gabungan pigmen, protein dan garam galian (misalnya kalsium) yang terdapat dalam cecair hempedu membentuk hablur dan seterusnya mengeras menjadi batu karang yang mempunyai saiz berbeza-beza.

Gejala-gejala kolesistitis akut ialah rasa lemah badan, hilang selera makan, demam dan rasa sakit sebelah kanan badan sekitar bawah tulang rusuk akhir menjalar ke bahu kanan. Rasa sakit juga terasa di hempedu apabila menarik nafas. Penyumbatan di duktus hempedu sesama pula menimbulkan jaundis, kolik biliari dan kolangitis.

Pemakanan tradisional Cina

Ahli perubatan tradisional Cina menggunakan kacang walnut untuk merawat penyakit batu karang. 120 gm walnut digoreng dalam minyak masak dari sayur hingga garing. Kemudian dihancur dengan blander dan ditambah gula hingga lumat. Makan setiap hari untuk tiga hari. Batu karang, mengikut laporan klinikal, akan keluar secara ketulan kecil sekali atau hancur seperti pasir (Chinese system of Food Cures - Henry C Liu)

Perubatan tradisional Melayu

Rupanya ahli perubatan tradisonal Melayu kita juga mempunyai banyak cara rawatan untuk batu karang.

Contohnya ialah:-

Ambil lembayung (Eichhomia crassipes) sejengkal; gulai dengan minyak lenga (sesamun indicum), makan.

Ambil birah hitam (Alocasia denudata), jerangau lumat-lumat, gelek; telan tiga pagi.

Ambil buah belimbing keris (Averrhoa bilimbi), serta kulit, daun, bunga dan akarnya.

Pipis lumat-lumat campurkan dengan pati santan, bubuh dalam mangkuk sebanyak tiga ruas jari telunjuk, beri minum.

Ambil seduayah (Woodfordia fruticosa), buah pala (Myristica fragrans) dan akar beluntas (Puchea indica); pipis lumat-lumat. Kemudian masukkan ke dalam nyiur yang hingusan. Sudah itu tutup dengan tanah liat dan bakar.

Kemudian minum airnya dan makan isinya.

(Warisan Perubatan Melayu - A. Samad Ahmad DBP).

Dalam buku warisan Ubat Farmakopia Melayu oleh Hj. Hassan Abdul Ghani, Singapura ada tersebut beberapa lagi herba dari hutan kayu kayan negara kita yang boleh digunakan seperti Penggaga Embun (Hydrocotyle sibthorpioides)

Untuk rawat batu hempedu; dan untuk batu karang di buah pinggang dan saluran kencing.

Bahan herba ialah seperti calincing (Oxalis Corniculata) jali-jali (Coix lachryma - jobi atu Job's tear); Jarong (Achyranthes aspera); kasturi (Abelmoschus moschatus); Pecut kuda (Stachytapheta jamaicensis).

Rawatan moden Allopathy Pesakit akan diberi beberapa jenis ubat menahan kesakitan dan untuk mengeluarkan batu, jika tidak berjaya pembedahan akan dilakukan untuk keluarkan batu karang.

Rawatan moden Komplimentari (Homeopathy)

Rawatan moden komplimentari Homeopathy menawarkan banyak ubat-ubatan tanpa dadah dan tanpa racun dan tidak ada kesan sampingan.

Di antaranya ialah: Calcarea Carbonica - diberi makan setiap 15 minit bila sakit sangat. Berberis Vulgaris - juga boleh diberi setiap 15 minit hingga lega. Lain-lain penawar yang boleh membantu merawat batu karang ialah Chinonanthus Hydrasis, Belladonna, Arsenicum album, Discorea, Chelidonium, Cardus marinus, Gelsemiun, Magnesia Phos. Ubat-ubat ini juga boleh dimakan untuk mengawal batu karang jangan berulang kembali.

(Penyakit-penyakit dan rawatan dengan Homeopathy oleh Prof. Dr. Mohamad Hj. Yaacob)

Merawat, mencegah batu Karang dengan pemakanan Penulis wanita Amerika terkenal, Adelle Davis menyalahkan manusia sendiri kerana penyakit batu karang - tidak menjaga apa yang dimakan dan memastikan zat secukupnya. Beliau menulis demikian dalam bukunya Let's Get Well. Bahan yang penting untuk mengatasi masalah ini ialah dengan makan vitamin B6 dan magnesium.

Pemakanan kita hari ini sudah banyak tidak segar - sardin dalam tin, makanan segera yang biasanya tidak berzat, junk foods - semuanya membantu kepada timbulnya berbagai penyakit termasuk batu karang. Kita mesti pastikan makanan kita adalah dari bahan segar, baru, sayur-sayuran segar baru, sayur-sayuran segar dari kampung atau tanam sendiri dan banyak minum air bersih.

Selain dari menjaga pemakanan kita mesti juga melakukan senaman setiap hari bagi umat Islam jangan tinggal solat fardhu serta ditambah dengan solat-solat sunat. Insya-Allah kita akan menjadi sihat wal'afiat.

Selamat Hari Bapa

1 ratus komen
assalamualaikum..
doa ku pada mu Ya ALLAH
berikanlah kebahagian di dunia dan akhirat kepada
insan2 yang bergelar bapa
yang ada disekeliling ku
terutamanya

1) bapa ku:IBRAHIM bin SELAMAT
terima kasih abah sebab besarkan dan mendidik 'org' dengan baik
dan penuh kasih sayang
sanggup berkorban apa sahaja
untuk pastikan kami adik beradik dapat hidup selesa
'org' bangga ada seorang bapa macam abah
YA ALLAH kurniakan lah nikmat SYURGA mu kepada abah di akhirat nanti


abah dengan ILHAM. cucu abah yang kat TERENGGANU

2) suamiku: MOHD HAIRUL NIZAM B MOHD HIDZIR
terima kasih ya ALLAH kerana kurniakan aku
seorang suami yang sangat bertanggungjawab
sangat penyabar dan memahami
sangat menyayangi ibunya
sangat menyayangi UMAR dan UMMI
kurniakan lah suami nikmat kesihatan agar dapat beramal soleh kepada mu YA ALLAH


abi dan umar. I LUV U

3) AL FATIHAH untuk arwah bapa mertuaku..semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan berbahagia di sana..insyaallah..

4) kepada abangku, adikku dan abang2 iparku juga..selamat HARI BAPA..

dosa -dosa facebook..

1 ratus komen
assalamualaikum..
alamak...selama ni nampak cam tak de apa2..tapi sebenarnya..takut la
for more info sila ke

http://nursyirah.wordpress.com/2010/07/25/dosa-dosa-facebook/

apa kelebihan solat dhuha..???

1 ratus komen


Assalamualaikum..

Nampak cam mudah tapi susahnya nak amalkan..

apa???solat dhuha..walopun dah tau banyak kelebihannya tapi..susahnya..nak buat apa lagi nak amalkan..

moga aku dan kita sama2 bole amalkan

kepada yang memang amalkan tahniah..

info tentang solat dibawah ni aku copy dari

http://nursyirah.wordpress.com.terima kasih kepada penulis blog ini..
sama2 kita manfaatkan ilmu yang ada




SEMBAHYANG DHUHA
Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-

Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” ( Riwayat At-Thabarani )

nafas berbau???eeee busuknya

5 ratus komen
assalamualaikum..
sape la nak mulutnya berbau ek?
mesti banyak cara yg kita lakukan
untuk pastikan mulut kita sentiasa berbau harum
tapi kadang2 tak boleh juga

itu kalo yang sedar diri
ada gak yang tak sedar yang mulut nya
bau longkang
uwek!!cam ne nak bagi tau..
adoi!!lagi2 la kalo dia kawan kita
ish!!!nasib baik kwan2 aku sumer mulut
tak de yg bau longkang
hehe

ni ada sikit tips untuk hilangkan bau mulut
aku cedok dari AMAGRAM Jun 2011

Tiada Lagi Nafas Berbau

nafas berbau adalah masalah yang memalukan dan tidak menyenangkan
walaupun terdapat banyak sebab tersembunyi untuk nafas berbau
termasuk pilihan makanan, keadaan kesihatan dan tabiat gaya hidup yang kurang sihat.
amalkan langkah2 berikut untuk jaga kesihatan mulut kita dengan lebih baik supaya dapat cegah nafas berbau

1. minum banyak air
-supaya mulut kekal lembap
-minum air kosong bukan kopi, minuman ringan atau alkohol (minuman ini akan keringkan mulut)
-kunyah gula getah untuk merangsang penghasilan lebih banyak air liur
-lebih banyak air liur lebih sedikit bakteria yang ada dalam mulut
-pilih gula getah tanpa gula

2.berus gigi lepas makan
-berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
-lebih baik berus lepas makan
-jangan lupa berus lidah juga sebab sesetengah bau datang dari lidah

3.gunakan flos
-flos gigi selepas memberus, gigi akan lebih bersih kerana akan membantu menanggalkan sisa partikel makanan dan plak.

4.pemeriksaan gigi secara tetap
-perlu tapi bukan mudah nak buat kan?
-sekurang2nya 2 kali setahun

**untuk maklumat lanjut sila dapatkan AMAGRAM keluaran jun 2011 daripada pengedar AMWAY anda

selamat ulang tahun..untuk diriku..

1 ratus komen
tanggal 6 jun akhirnya tiber juga
nothing spesel..
maklum dah tua
semalam lg dh dapat hadiah dan ucapan dari hubby
mlm td tepat kol 12.oo am pun dia send sms

kul 1.30 am umar bangun menangis
heran..tak penah2 bangun menangis
tiba2 pagitadi nangis
tak tau la nape
1 mungkin sebab nak kaco ummi tido di hari jadi ummi
hehe
1 lagi coz umar takut nak g check up 6 bulan
kebetulan pada hari jadi ummi
hehe

solution nya abi yang jumpa
abi ambil buai n tido kan umar dlm buai
yang bestnya umar hanya diam bila dgn abi
so ummi bole la smbung tido
abi lak kena tido sambil menghayun buai
tak lama..umar pun tido..
hikhik..pandai umar kena kan abi
sempena besday ummi eh syg..tq umar

bangun solat subuh sperti biasa n tido semula
hehe..kesempatan yang digunakan sepenuhnya
coz cuti sekolah n abi masih MC
tapi before tido semula ummi kena pam susu dulu..
jgn lupa!!!

umar pun tido selepas minum susu
n umar pun amik kesempatan gak tak g nursery hari ni
kalo tak umar dah bangun seawal 6 am dan tak tido lagi

so kami buat rekod hari ni..
rekod apa??
sambung tido sampai kul 9.30am
hehe..
terkejut ummi tengok jam dah kul 9.30am
ummi tgk abi n umar tido lagi
ummi bangun n wat jemput2 ikan bilis untuk breakfast

sudah je breakfast..umar pun bangun
ummi mandikan n siap2 nak g klinik

umar timbang ari ni naik 0.1 kg je
dari 7.9kg ke 8kg
ok la tu..daripada tak naik langsung
ari ni dapat lagi upah..kena cucuk lagi
umar cam biasa jerit manja je ckit bila kena cucuk
pas tu dia steady semula

nurse gtau injection kali ni tak demam
tapi ummi dah bg siap2 ubat demam
hehe..mana ummi tau kali ni cucuk yang tak bagi demam
hehe..
so next appnmnt umar lagi 2 bulan..4.8.11
bulan pose tu..tapi umar tak pose kan??
alamak sebut pasal pose..
tak ganti lagi pose
1 hari je..tapi punya la liat nak pose
insyaallah rejab ni aku buat

balik dr klinik abi ajak g DOMINO's PIZZA
so ummi la drive ke sana
sepanjang abi MC ni..ummi yang drive
abi takleh drive

ingat nak makan kat situ je
tapi umar tido lak
so abi suggest mkn kat umah je

sedap gak DOMINO's ni compare dgn pizza hut
tak tau la..tekak org lain

bukak FB..ramai yg wish hepi besday..
ada gal yg sms
tq sebab wish n luangkan masa utk beri ucapan tersebut
doa kalian harap ALLAH makbulkan
amin..

6 Jun

1 ratus komen


assalamualaikum..
6 jun bakal menjelang esok..apa ada pada tarikh 6 jun??
pada tarikh itu la aku dilahirkan di bumi ini sebagai khalifah ALLAH
alhamdulillah kerana diberi peluang untuk menyedut udara
dan bernafas dibumi mu ini YA ALLAH

dah diambang 31 tahun aku bernafas dan menikmati segala keindahan nikmat ALLAh
esok genap la usiaku 31 tahun..
semakin bertambah usia tapi
amalan???huhu..tak berani komen

walaupun 6 jun belum menjelma
ari ni dah dapat 2 hadiah

dari kakak ipar kesayanganku
beg nutrilite-4 in 1


dari suami tercinta
baju menyusu

terima kasih daun keladi
tahun depan bagi lagi

walaupun tiada hadiah
kalian berdua tetap bertakhta di hati

suami ku,
berada di sisi ku selalu sudah memadai
ada ketika aku memerlukan pun cukup lah
menjadi pendengar yang setia..teruskan lah
menjadi sasaran ketika aku beremosi..hehe..
terima kasih
kurniaan dari ALLAH agar kau sentiasa sihat
selalu kuharapkan
selalu mencintai dan menyayangiku
selalu kudambakan
bersama2 mengharungi susah dan senang bersamaku
bersama2 mendidik UMAR agar menjadi HAFIZ
itu pintaku padaMU YA ALLAH
dikurniakan anak yang soleh dan selalu menyenangkan
doaku selalu..
tempatkan ibu dan bapaku di SYURGAMU

ITULAH HADIAH YANG PALING BERMAKNA
SEPANJANG HIDUPKU
YANG AKU IMPIKAN
DAN AKAN JADI KENYATAAN

AMIN..

UMAR dah 6 bulan

1 ratus komen
assalamualaikum..
lama tak tulis kat blog ni..busy and ada sesuatu yang berlaku..so tak boleh la nak menconteng kat blog ku ini..apa hal nya..nanti la bila2 aku story..

semalam 3.6.11-umar dah menjangkau usia 6 bulan..cam baru semalam je aku lahirkan umar..
syukur alhamdulillah..umar membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah yang besar..dan anakku ini amat disenangi oleh pengasuhnya di TASKA..
alhamdulillah..memang aku selalu bercakap dengan umar setiap kali nak hantar dia ke TASKA..
pesanan ku selalu.."umar, jangan menangis kalau tak sakit tau..umar diam2 je..jangan susahkan cikgu2 umar ok.."
alhamdulillah bila feedback yang baik aku terima daripada salah seorang pengasuhnya..
komen nya.."setakat ni umar je la yang senang jaga..kitorang tak kisah kalau umar datang tiap2 hari.."
tu la antara komennya..tak tau la ianya sekadar penyedap hati ku atau ikhlas..

dan hari ni..4.6.11-1st time aku bagi umar makan..makan apa?
aku dan suami belikan makanan bayi yang diformulakan oleh Prof Dr. Azizan Bt. Ismail..
for more info lawat laman web ni:
http://www.edaransalindah.com/info-growell.htm

tapi umar belum nak makan sangat..5 sudu kecil je umar makan..itu pun tak penuh..dia cam pelik..hehe..selalunya susu ummi je yang masuk kat perut dia..tak pe la lama2 nanti biasa..

aku pun dah mula tengok2 resipi bubur untuk bagi kat dia nanti..dan aku jumpa ini..
http://viaemma.blogspot.com/2011/05/porridge-untuk-bayi.html..
nanti umar dah 8 bulan aku nak cuba..

selain tu aku dan suami sudah mula mengumpul kurma, kismis, badam n makanan2 minda yang lain..sampai masanya umar akan makan nanti..sekarang ni ummi yang makan..hehe..umar pun dapat gak..
 

Umar - Permata Hatiku Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez